Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang keharmonian
KOLOSE 3 : 12 – 14
12 Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar.
13 [19†] Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu. [20†]
14 Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna.
ROMA 12 : 16
16 [117†] Hendaklah kamu semua hidup rukun. Janganlah bersikap sombong, janganlah tolak tugas yang dipandang rendah. [118] Janganlah anggap diri kamu lebih bijak daripada yang sebenarnya.
KOLOSE 3 : 14
14 Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna.
MAZMUR 133 : 1 – 3
1 Lagu ziarah oleh Daud. Alangkah baiknya dan indahnya apabila umat Allah hidup dengan rukun!
2 Hal itu seperti minyak yang berharga yang dituangkan ke atas kepala Harun, lalu mengalir ke janggut dan leher jubahnya.
3 Hal itu seperti embun di atas Gunung Hermon, yang turun ke bukit-bukit Sion. Di sanalah, di Sion, TUHAN menurunkan berkat-Nya, iaitu kehidupan yang tidak berkesudahan.
EFESUS 4 : 31 – 32
31 Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun.
32 [28†] Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.
FILIPI 2 : 2
2 Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih yang sama dan mempunyai fikiran serta tujuan yang sama.
1 YOHANES 4 : 18
18 Orang yang menikmati kasih Allah tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut. Oleh itu, orang yang belum menikmati kasih Allah dengan sempurna, akan takut menghadapi hukuman pada Hari Kiamat.
ROMA 15 : 7
7 Sebagaimana Kristus sudah menyambut kamu, sambutlah satu sama lain untuk memuliakan Allah.
Leave a Reply