Apa yang Alkitab katakan tentang hidup bertuhan

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang hidup bertuhan

1 PETRUS 2 : 11
11 Sahabat-sahabatku, kamu seperti orang asing dan orang pelarian di dunia ini! Oleh itu, aku menggesa kamu supaya tidak menuruti hawa nafsu manusia, yang sentiasa berlawanan dengan jiwa.

EFESUS 4 : 1
1 Itulah sebabnya aku – orang yang dipenjarakan kerana mengabdikan diri kepada Tuhan – menggesa kamu supaya hidup sesuai dengan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah ketika Dia memanggil kamu.

2 TIMOTIUS 3 : 1 – 9
1 Ingatlah hal ini! Pada hari-hari terakhir akan timbul banyak kesusahan.
2 Manusia akan mementingkan diri sendiri, tamak dan serakah, sombong dan bongkak. Mereka akan menghina dan melawan ibu bapa, tidak tahu berterima kasih dan tidak mahu mengenal Allah.
3 Mereka tidak mengasihi sesama manusia, tidak berbelas kasihan, suka mengumpat, suka akan keganasan; mereka kejam dan benci akan kebaikan.
4 Mereka suka berkhianat, tidak berfikir panjang dan sombong. Mereka lebih menyukai kesenangan dunia daripada mengasihi Allah.
5 Pada lahirnya mereka menjalankan kewajipan agama kita, tetapi mereka tidak menurut ajarannya. Jauhkanlah dirimu daripada mereka.
6 Beberapa orang daripada mereka pergi ke rumah orang, lalu menguasai wanita yang tidak berpendirian dan dibebani perasaan berdosa serta dipengaruhi segala macam keinginan.
7 Wanita-wanita itu selalu ingin belajar tetapi tidak dapat mengetahui ajaran yang benar [11] itu.
8 [12†] Sebagaimana Yanes dan Yambres melawan Musa dahulu, demikianlah juga semua orang ini menentang ajaran Allah. [13] Fikiran mereka rosak dan iman mereka hancur.
9 Tetapi mereka tidak akan berjaya, kerana semua orang akan tahu tentang kebodohan mereka, seperti yang dialami oleh Yanes dan Yambres dahulu.

ROMA 12 : 2
2 Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah – iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.

1 TIMOTIUS 4 : 7
7 Jauhkanlah dirimu daripada cerita-cerita tahayul yang jahat dan sia-sia. Latihlah dirimu untuk kehidupan yang beribadat.

2 TIMOTIUS 3 : 16
16 Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna [15] untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. [16]

GALATIA 5 : 22
22 Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia,

ROMA 12 : 1
1 Saudara-saudaraku! Kerana Allah sangat baik kepada kita, aku menggesa kamu supaya mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup, yang khas untuk Allah, dan yang menyenangkan hati-Nya. Demikianlah seharusnya kamu beribadat kepada Allah.

2 KORINTUS 5 : 17
17 Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.

YAKOBUS 1 : 1 – 27
1 [1†] Saudara-saudaraku sesama umat Allah, yang tercerai-cerai di seluruh dunia. Salam daripadaku, Yakobus, hamba Allah dan hamba Tuhan Yesus Kristus.
2 Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan,
3 kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan.
4 Pastikan supaya ketabahan kamu untuk menanggung penderitaan itu berterusan, sehingga kamu menjadi benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun.
5 Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang.
6 Tetapi apabila kamu berdoa, kamu mesti percaya. Kamu tidak boleh ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu seperti ombak di laut yang diumbang-ambingkan angin.
7 [7-8] Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya dan teragak-agak dalam semua perbuatannya. Oleh itu dia juga tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Tuhan.
8
9 Orang Kristian yang miskin haruslah gembira apabila Allah meninggikan mereka.
10 Orang Kristian yang kaya haruslah gembira apabila Allah merendahkan mereka, kerana orang kaya akan lenyap seperti bunga rumput.
11 [2†] Ketika matahari naik, panas teriknya melayukan tanaman sehingga bunganya gugur dan hilanglah keindahannya. Demikianlah orang kaya akan jatuh miskin semasa mengusahakan perniagaan mereka.
12 Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.
13 Jika seseorang tergoda semasa mengalami cubaan seperti itu, dia tidak boleh berkata, “Godaan ini datangnya daripada Allah.” Hal ini demikian kerana Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan, dan Allah sendiri tidak menggoda orang.
14 Seseorang tergoda apabila dia dipikat dan diperangkap oleh keinginannya sendiri yang jahat.
15 Apabila dia menuruti keinginannya yang jahat itu, maka lahirlah dosa; dan dosa yang berterusan akan mengakibatkan kematian.
16 Janganlah kamu tertipu, saudara-saudara yang aku kasihi!
17 Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah, Pencipta semua cahaya di langit. Dia Allah yang tidak berubah, dan Dia tidak menyebabkan kegelapan apa pun.
18 Dengan kehendak-Nya sendiri Dia menjadikan kita melalui firman-Nya yang benar. Itulah sebabnya kita mendapat kedudukan yang utama antara semua makhluk ciptaan-Nya.
19 Saudara-saudara yang aku kasihi! Kamu tahu bahawa setiap orang haruslah cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata, dan lambat naik marah.
20 Orang yang marah tidak dapat melakukan perkara baik, yang menyenangkan hati Allah. [3]
21 Oleh itu, buanglah segala kebiasaan buruk dan kelakuan yang jahat. Berserahlah kepada Allah dan terimalah firman yang ditanam-Nya di dalam hati kamu, kerana firman itu dapat menyelamatkan kamu.
22 Janganlah tipu diri sendiri dengan hanya mendengarkan firman-Nya. Sebaliknya, lakukanlah apa yang difirmankan-Nya.
23 Seseorang yang mendengar firman Allah tetapi tidak melakukannya, adalah seperti seorang yang melihat dirinya sendiri di depan cermin.
24 Dia menatap dirinya baik-baik, lalu pergi dan langsung lupa akan rupanya.
25 Berita Baik itu hukum Allah yang sempurna dan dapat membebaskan manusia. Seseorang yang mendalami hukum itu dan melakukannya, akan diberkati Allah dalam segala perkara yang dilakukannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya.
26 Adakah sesiapa menganggap dirinya beribadat? Jika dia tidak mengendalikan lidahnya, maka ibadatnya sia-sia dan dia menipu dirinya sendiri.
27 Menurut Allah Bapa, inilah ibadat yang murni dan sejati: Menolong anak yatim piatu dan balu yang mengalami penderitaan, serta menjaga diri supaya tidak dicemari kejahatan di dunia ini.

GALATIA 5 : 16
16 Inilah maksudku: Biarlah Roh Allah memimpin hidup kamu dan janganlah hidup menurut keinginan tabiat manusia.

1 KORINTUS 11 : 1 – 34
1 [65†] Ikutlah teladanku, sebagaimana aku pun mengikut teladan Kristus.
2 Aku memuji kamu kerana kamu sentiasa mengingat aku dan mengikut ajaran yang aku berikan kepada kamu.
3 Aku mahu kamu memahami hal ini: Kristus ialah kepala setiap orang lelaki; suami ialah kepala isteri dan Allah ialah kepala Kristus.
4 Oleh itu seorang lelaki yang menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan perkhabaran daripada Allah di hadapan orang ramai, mempermalukan Kristus.
5 Jika seorang wanita tidak menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan perkhabaran daripada Allah di hadapan orang ramai, dia mempermalukan suaminya. Wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur.
6 Jika seorang wanita tidak mahu menudung kepalanya, lebih baik dia menggunting rambut. Tetapi amat memalukan jika seorang wanita dicukur kepalanya ataupun digunting rambutnya. Oleh itu lebih baik dia menudung kepalanya.
7 [66†] Seorang lelaki tidak perlu menudung kepala, kerana dia mencerminkan rupa dan kemuliaan Allah. Tetapi wanita mencerminkan kemuliaan lelaki,
8 kerana lelaki tidak dijadikan daripada wanita, melainkan wanita dijadikan daripada lelaki.
9 [67†] Begitu juga lelaki tidak dijadikan untuk kepentingan wanita, tetapi wanita dijadikan untuk kepentingan lelaki.
10 Oleh itu, kerana malaikat-malaikat, seorang wanita harus menudung kepala sebagai tanda bahawa dia dibenarkan berdoa.
11 Meskipun demikian, dalam kehidupan kita sebagai orang Kristian, wanita bergantung kepada lelaki, dan lelaki pun bergantung kepada wanita.
12 Hal itu demikian kerana meskipun wanita dijadikan daripada lelaki, tetapi selepas itu lelaki dilahirkan oleh wanita; dan segala sesuatu berasal daripada Allah.
13 Baiklah kamu pertimbangkan sendiri: Patutkah seorang wanita berdoa kepada Allah di hadapan orang ramai dengan tidak menudung kepala?
14 Menurut kebiasaan, kamu diajar bahawa lelaki yang berambut panjang bukanlah suatu hal yang patut.
15 Tetapi bagi seorang wanita, rambut panjang yang diberikan kepadanya adalah untuk menutupi kepalanya dan menjadi kebanggaannya.
16 Tetapi jika sesiapa mahu bertengkar tentang masalah itu, inilah satu-satunya jawapan yang dapat aku berikan: Baik kita mahupun jemaah Allah lainnya, tidak mempunyai peraturan lain.
17 Tetapi tentang hal yang berikut ini, aku tidak memuji kamu. Pertemuan ibadat kamu sebenarnya tidak membawa kebaikan, melainkan keburukan.
18 Pertama sekali aku diberitahu bahawa dalam pertemuan kamu terdapat golongan yang berlawanan. Aku percaya bahawa sedikit sebanyak laporan itu benar. (
19 Sebenarnya tidak menghairankan jika timbul perpecahan antara kamu, supaya nyata siapa-siapa orang Kristian yang sejati.)
20 Pada waktu kamu berhimpun, sebenarnya yang kamu makan bukannya Perjamuan Tuhan.
21 Hal itu demikian kerana pada waktu makan, setiap orang berebut makanan, sehingga ada yang tidak mendapat makanan dan ada pula yang menjadi mabuk.
22 Tidakkah kamu mempunyai rumah sendiri, tempat kamu boleh makan minum? Ataukah kamu mahu menghina jemaah Allah dan mempermalukan orang miskin? Apakah yang harus aku katakan kepada kamu? Haruskah aku memuji kamu? Tentu tidak! Aku tidak memuji kamu.
23 Aku berkata demikian kerana ajaran yang aku berikan kepada kamu, aku terima daripada Tuhan: Pada malam itu ketika Tuhan Yesus dikhianati, Dia mengambil roti,
24 mengucap syukur kepada Allah, dan membahagi roti itu lalu berkata, “Inilah tubuh-Ku yang diberikan untuk kamu. Lakukanlah hal ini untuk mengenang Aku.”
25 [68†] Begitu juga setelah habis makan, Dia mengambil cawan itu lalu berkata, “Cawan ini perjanjian Allah yang baru, yang disahkan dengan darah-Ku. Setiap kali kamu meminumnya, lakukanlah hal ini untuk mengenang Aku.”
26 Oleh itu setiap kali kamu makan roti ini dan minum dari cawan ini, kamu memberitakan kematian Tuhan, sehingga Dia datang.
27 Dengan demikian sesiapa makan roti Tuhan atau minum dari cawan-Nya dengan cara yang tidak menghormati Dia, orang itu berdosa terhadap tubuh dan darah Tuhan.
28 Oleh itu setiap orang harus memeriksa diri lebih dahulu, barulah dia boleh makan roti itu dan minum dari cawan itu.
29 Hal itu demikian, kerana sesiapa makan roti dan minum dari cawan itu dengan tidak mengerti bahawa perjamuan itu berkenaan dengan tubuh Tuhan, orang itu akan mendatangkan hukuman kepada dirinya sendiri.
30 Itulah sebabnya banyak antara kamu yang sakit dan lemah, dan ada juga yang mati.
31 Jika kita memeriksa diri kita lebih dahulu, kita tidak akan dihukum oleh Allah.
32 Tetapi jika kita diadili dan dihukum oleh Tuhan, Dia melakukannya supaya kita tidak dihukum bersama-sama dunia ini.
33 Oleh itu, saudara-saudaraku, jika kamu berhimpun untuk makan Perjamuan Tuhan, kamu harus saling menunggu.
34 Jika sesiapa lapar, dia harus makan di rumah. Dengan demikian pada waktu kamu berhimpun, kamu tidak akan dihukum oleh Allah. Tentang masalah-masalah lain, aku akan menyelesaikannya apabila aku datang kelak.

1 PETRUS 2 : 2
2 Hendaklah kamu menjadi seperti bayi yang baru lahir, yang sentiasa haus akan susu rohani yang murni. Dengan meminumnya kamu akan membesar dan diselamatkan.

1 PETRUS 2 : 11 – 12
11 Sahabat-sahabatku, kamu seperti orang asing dan orang pelarian di dunia ini! Oleh itu, aku menggesa kamu supaya tidak menuruti hawa nafsu manusia, yang sentiasa berlawanan dengan jiwa.
12 Kelakuan kamu antara orang yang tidak mengenal Allah, hendaklah begitu baik sehingga apabila mereka menuduh kamu sebagai orang jahat, mereka terpaksa mengakui perbuatan kamu yang baik, dan memuji Allah pada hari Allah datang untuk menghukum orang.

BILANGAN 6 : 1 – 89
1 TUHAN menyuruh Musa
2 memberikan peraturan ini kepada umat Israel. Apabila seorang lelaki atau perempuan bernazar untuk mengekhaskan diri bagi TUHAN sebagai orang Nazir, [7]
3 [8†] dia tidak boleh minum wain dan minuman keras. Dia tidak boleh minum minuman apa pun yang dibuat daripada buah anggur, dan tidak boleh makan buah anggur segar ataupun kismis.
4 Selama dia orang Nazir, dia tidak boleh makan apa pun yang berasal daripada pokok anggur, sama ada biji ataupun kulit buah anggur.
5 Selama dia orang Nazir, dia tidak boleh menggunting rambutnya ataupun bercukur. Dia terikat oleh nazarnya sampai selesai masa dia mengekhaskan diri bagi TUHAN. Oleh itu dia mesti membiarkan rambut dan janggutnya tumbuh panjang.
6 [6-7] Rambutnya adalah tanda bahawa dia mengekhaskan diri bagi Allah. Oleh itu dia tidak boleh menajiskan diri dengan menghampiri mayat, sekalipun mayat bapanya, ibunya, abangnya, atau kakaknya.
7
8 Selama dia orang Nazir, dia adalah orang yang khas untuk TUHAN.
9 Jika rambut orang Nazir menjadi najis kerana dia di sisi seorang yang tiba-tiba meninggal, orang Nazir itu harus menunggu selama tujuh hari, lalu mencukur rambut dan janggutnya. Dengan demikian dia menjadi suci.
10 Pada hari kelapan, dia harus membawa dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati kepada imam di pintu Khemah TUHAN.
11 Imam itu akan mempersembahkan seekor burung sebagai korban untuk mengampunkan dosa, dan seekor lagi sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. [9] Imam akan melakukan upacara penyucian untuk orang itu kerana dia telah menghampiri mayat. Pada hari itu juga, orang itu harus mengekhaskan rambutnya semula kepada TUHAN,
12 dan membaharui nazarnya kepada TUHAN sebagai orang Nazir selama masa yang ditentukan. Jangka waktu yang lampau itu tidak dihitung lagi kerana rambutnya yang sudah dikhaskan telah menjadi najis. Sebagai korban untuk membayar ganti rugi, orang itu harus mempersembahkan seekor anak domba yang berumur satu tahun.
13 Apabila seorang Nazir menyelesaikan nazarnya, dia harus melakukan upacara yang berikut. Dia harus pergi ke pintu Khemah TUHAN
14 dan mempersembahkan tiga ekor binatang yang tidak ada cacat kepada TUHAN: seekor anak domba jantan yang berumur satu tahun bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, [10] seekor anak domba betina berumur satu tahun sebagai korban untuk mengampunkan dosa, dan seekor domba jantan sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN. [11]
15 Dia juga harus mempersembahkan satu bakul roti tanpa ragi: roti tebal yang dicampuri minyak zaitun, dan roti tipis yang disapu dengan minyak zaitun. Dia juga harus mempersembahkan korban untuk mengucap syukur [12] dan korban wain, sebagaimana yang sudah ditetapkan.
16 Imam harus mempersembahkan semua itu kepada TUHAN, dan juga korban untuk mengampunkan dosa dan korban untuk menyenangkan hati TUHAN. [13]
17 Dia akan mempersembahkan domba jantan itu kepada TUHAN sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN, [14] dan mempersembahkannya dengan sebakul roti; dia juga harus mempersembahkan korban untuk mengucap syukur, [15] dan korban wain.
18 Orang Nazir itu harus mencukur rambutnya di pintu Khemah TUHAN, lalu melemparkan rambutnya itu ke dalam api yang sedang membakar korban untuk memohon berkat TUHAN. [16]
19 Selepas itu, imam akan mengambil kaki depan domba jantan yang sudah direbus, seketul roti tebal dan seketul roti tipis dari bakul itu, lalu meletakkan semuanya ke dalam tangan orang Nazir itu.
20 Kemudian imam itu harus mempersembahkan semuanya sebagai persembahan khas kepada TUHAN. Semua persembahan itu suci dan menjadi milik imam, bersama dengan dada dan paha domba jantan yang menurut peraturan, sudah sememangnya milik imam. Selepas itu, orang itu bukan orang Nazir lagi, dan dia boleh minum wain.
21 [17†] Itulah peraturan untuk orang Nazir. Tetapi jika seorang Nazir berjanji untuk memberikan persembahan yang lebih daripada syarat-syarat nazarnya, dia mesti memenuhi semua janjinya itu.
22 TUHAN memerintahkan Musa untuk
23 memberitahu Harun dan anak-anak lelakinya supaya mengucapkan kata-kata ini apabila mereka memberkati umat Israel:
24 Semoga TUHAN memberkati dan memelihara kamu.
25 Semoga TUHAN baik hati dan murah hati terhadap kamu.
26 Semoga TUHAN berkenan kepada kamu dan memberi kamu kesejahteraan.
27 TUHAN berfirman, “Jika mereka mengucapkan nama-Ku sebagai berkat kepada umat Israel, Aku akan memberkati umat Israel.”

MAZMUR 118 : 1 – 29
1 [266†] Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi.
2 Hendaklah umat Israel berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.”
3 Hendaklah imam-imam Allah berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.”
4 Hendaklah semua orang yang menyembah Dia berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.”
5 Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN; Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku.
6 [267†] Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku; apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku?
7 TUHAN itulah yang menolong aku, aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan.
8 Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan manusia.
9 Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan pemimpin.
10 Banyak musuh mengelilingi aku, tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.
11 Mereka mengepung aku dari segala arah, tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.
12 Mereka menyerbu aku seperti lebah, tetapi mereka terbakar secepat belukar; aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.
13 Aku diserang dengan sengit dan hampir dikalahkan, tetapi TUHAN menolong aku.
14 [268†] TUHAN menjadikan aku gagah dan perkasa; Dia telah menyelamatkan aku.
15 Dengarlah sorakan kemenangan di dalam khemah umat Allah; “TUHAN melakukan perbuatan perkasa!
16 Kuasa TUHAN memberi kita kemenangan, TUHAN melakukan perbuatan perkasa!”
17 Aku tidak akan mati, tetapi aku akan hidup, untuk menceritakan perbuatan TUHAN.
18 Dia telah menghukum aku dengan berat, tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.
19 Bukalah pintu gerbang Rumah TUHAN untukku, supaya aku masuk dan bersyukur kepada TUHAN!
20 Inilah pintu gerbang TUHAN; hanya umat Allah boleh memasukinya.
21 Aku memuji-Mu, TUHAN, kerana Engkau mendengar seruanku, kerana Engkau telah memberi aku kemenangan.
22 [269†] Batu yang dibuang pembina-pembina itu telah menjadi batu yang paling utama.
23 [270†] Inilah perbuatan TUHAN; sungguh mengagumkan bagi kita!
24 Inilah hari kemenangan TUHAN; marilah kita rayakannya dengan gembira.
25 [271†] Kami memohon supaya Engkau menyelamatkan kami, ya TUHAN! Ya TUHAN, berilah kami kejayaan!
26 [272†] Semoga Allah memberkati dia yang datang demi nama TUHAN! Dari Rumah TUHAN, kami memberkati kamu semua.
27 TUHAN itu Allah; Dia baik kepada kita. Dengan melambai-lambaikan dahan pokok, mulakanlah perayaan dan berjalanlah mengelilingi mazbah.
28 Engkaulah Allahku, aku bersyukur kepada-Mu; aku akan mengagungkan Engkau.
29 Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi.

ROMA 7 : 1 – 25
1 Saudara-saudaraku, tentu kamu faham akan apa yang hendak aku katakan, kerana kamu semua memahami hukum. Seseorang berada di bawah kekuasaan hukum, hanya selama dia masih hidup.
2 Seorang wanita yang bersuami, umpamanya, terikat oleh hukum kepada suaminya hanya selama suaminya masih hidup. Tetapi jika suaminya meninggal, wanita itu bebas daripada hukum yang mengikatnya kepada suaminya.
3 Jika wanita itu hidup dengan lelaki lain semasa suaminya masih hidup, wanita itu dikatakan berzina. Tetapi jika suaminya meninggal, dari segi hukum, wanita itu sudah bebas. Jika dia berkahwin dengan lelaki lain, dia tidak berzina.
4 Saudara-saudaraku, begitu juga halnya dengan kamu. Dari segi Taurat, kamu sudah mati, kerana kamu sebahagian daripada tubuh Kristus. Kamu sekarang menjadi milik Dia yang sudah dibangkitkan daripada kematian, supaya kita menjadi berguna bagi Allah dalam kehidupan kita.
5 Dahulu kita hidup menurut tabiat manusia, dan pelbagai keinginan yang berdosa timbul dalam diri kita kerana adanya Taurat. Hal itu menyebabkan kita melakukan perkara-perkara yang mengakibatkan kematian.
6 Tetapi sekarang kita bebas daripada kuasa Taurat, kerana kita sudah mati terhadap Taurat yang dahulu menguasai kita. Kita tidak lagi mengabdikan diri dengan cara lama menurut hukum yang tertulis. Tetapi sekarang kita mengabdikan diri menurut cara baru yang ditunjukkan oleh Roh Allah.
7 [55†] Jika demikian, apakah yang dapat kita katakan? Adakah Taurat itu jahat? Tentu tidak! Tetapi Tauratlah yang menyebabkan aku tahu akan dosa. Jika Taurat tidak mengatakan, “Jangan tamak akan harta orang,” aku tidak tahu akan ketamakan.
8 Melalui hukum itu, dosa mendapat peluang untuk membangkitkan pelbagai ketamakan dalam diriku. Jika tidak ada hukum agama, dosa tidak berkuasa.
9 Dahulu aku hidup tanpa hukum agama. Tetapi apabila aku mengetahui hukum itu, dosa mula berkuasa
10 dan aku pun mati. Hukum yang seharusnya menyebabkan aku hidup, malahan mendatangkan kematian.
11 [56†] Melalui hukum, dosa mendapat peluang untuk menipu dan membunuh aku.
12 Taurat berasal daripada Allah, dan setiap hukum berasal daripada Allah, maka setiap hukum adil dan baik.
13 Adakah hal ini bererti bahawa apa yang baik menyebabkan kematianku? Tentu tidak! Dosalah yang menyebabkan kematianku. Dengan menggunakan yang baik, dosa menyebabkan kematianku, supaya nyatalah sifat-sifat dosa. Melalui hukum, terbuktilah betapa jahatnya dosa.
14 Kita tahu bahawa Taurat berasal daripada Roh Allah; tetapi aku ini hanya manusia yang dijual sebagai hamba kepada dosa.
15 [57†] Aku tidak memahami perbuatanku sendiri. Perkara-perkara yang ingin aku lakukan, tidak aku lakukan; tetapi perkara-perkara yang aku benci, itulah yang aku lakukan.
16 Apabila aku melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan keinginanku, hal itu bererti aku mengakui bahawa Taurat itu baik.
17 Oleh itu sebenarnya bukan aku yang melakukan perkara-perkara itu, tetapi dosa yang menguasai diriku.
18 Aku tahu bahawa tidak ada sesuatu pun yang baik dalam diriku, ataupun dalam tabiatku sebagai manusia. Hal itu demikian kerana walaupun ada padaku keinginan untuk berbuat baik, tetapi aku tidak dapat melakukannya.
19 Aku tidak melakukan perkara baik yang ingin aku lakukan, sebaliknya aku melakukan perkara jahat yang tidak ingin aku lakukan.
20 Jika aku melakukan perkara-perkara yang tidak ingin aku lakukan, hal ini bererti bukan aku yang melakukannya, melainkan dosa yang menguasai diriku.
21 Oleh itu aku mendapati hukum ini berlaku: Apabila aku mahu melakukan yang baik, yang jahat sahaja menjadi pilihanku.
22 Batinku suka akan hukum daripada Allah.
23 Tetapi aku sedar bahawa dalam diriku ada hukum lain yang bertentangan dengan hukum yang diakui oleh akal budiku. Itulah sebabnya aku ditawan oleh hukum dosa yang menguasai diriku.
24 [24-25] Beginilah keadaanku: aku mentaati hukum Allah dengan akal budi sahaja, sedangkan tabiatku sebagai manusia mengikut hukum dosa. Alangkah malangnya aku ini! Siapakah yang dapat menyelamatkan aku daripada tubuh ini yang membawa aku kepada kematian? Aku bersyukur kepada Allah; Dia menyelamatkan aku melalui Yesus Kristus!

MAZMUR 72 : 1 – 20
1 Daripada Raja Salomo. Ya Allah, ajarkanlah hukum-Mu kepada raja, berikanlah keadilan-Mu kepadanya,
2 supaya raja dapat memerintah umat-Mu dengan jujur, dan memperlakukan orang tertindas dengan adil.
3 Semoga negeri ini menikmati kemakmuran, dan mengalami keadilan.
4 Semoga raja membela orang yang miskin, menolong orang yang melarat serta mengalahkan penindas mereka.
5 Semoga umat-Mu menyembah Engkau selama matahari bersinar, selama bulan bercahaya, untuk sepanjang masa.
6 Semoga raja seperti hujan yang turun di padang, seperti air hujan yang mengairi ladang.
7 Semoga keadilan berkembang pada zaman raja, dan kemakmuran kekal selama bulan bercahaya.
8 [115†] Kerajaannya meluas dari laut ke laut, dari Sungai Efrat hingga ke hujung bumi.
9 Penduduk gurun akan bersujud di hadapannya dan musuh akan takluk kepadanya.
10 Raja-raja Tarsis [116] dan pulau-pulau akan mempersembahkan hadiah kepadanya; raja-raja negeri Syeba dan Seba [117] juga akan membawa ufti untuknya.
11 Semua raja akan bersujud di hadapannya, dan semua bangsa akan menjadi hambanya.
12 Raja menyelamatkan orang miskin yang berseru kepadanya, serta orang yang diabaikan dan yang susah.
13 Raja mengasihani orang yang miskin dan yang lemah, dan menyelamatkan orang yang papa.
14 Raja menyelamatkan mereka daripada penindasan dan keganasan; kehidupan mereka berharga baginya.
15 Daulat tuanku! Semoga raja dikurniakan emas dari negeri Syeba; semoga doa diucapkan untuknya sepanjang masa; semoga Allah memberkati raja selama-lamanya!
16 Semoga biji-bijian melimpah di seluruh negeri; semoga bukit-bukit diliputi tanaman, sesubur tanaman di Lebanon. Semoga kota-kota penuh dengan orang, seperti rumput yang tumbuh di padang.
17 Semoga selama-lamanya nama raja diingati, dan kemasyhurannya kekal seperti matahari. Semoga semua bangsa minta diberkati seperti raja, dan semua orang menyebut raja berbahagia.
18 Pujilah TUHAN, Allah umat Israel, hanya Dia yang melakukan hal-hal yang mengagumkan.
19 Pujilah nama-Nya yang mulia itu selama-lamanya, semoga seluruh bumi penuh dengan kemuliaan-Nya! Amin! Amin!
20 Sekian doa Daud anak Isai.

1 YOHANES 4 : 1
1 Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Janganlah percaya kepada semua orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai Roh Allah, tetapi ujilah mereka untuk mengetahui sama ada roh yang ada pada mereka itu berasal daripada Allah atau tidak. Hendaklah kamu berbuat demikian kerana banyak nabi palsu telah pergi ke serata tempat.

YUDAS 1 : 4
4 Beberapa orang derhaka sudah menyeludup ke kalangan kita tanpa kita sedari. Mereka memutarbalikkan berita tentang kasih Allah kita, untuk membenarkan perbuatan mereka yang cabul. Mereka juga tidak mengakui Yesus Kristus, Penguasa satu-satunya dan Tuhan kita. Sejak dahulu Alkitab telah menuliskan hukuman yang akan dialami mereka.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *