Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang kemarahan
MAZMUR 37 : 8
8 Jangan marah atau panas hati; hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.
ROMA 12 : 19
19 [119†] Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Allah yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, “Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan.”
YAKOBUS 1 : 20
20 Orang yang marah tidak dapat melakukan perkara baik, yang menyenangkan hati Allah. [3]
MATIUS 26 : 52 – 54
52 Yesus berkata kepada pengikut itu, “Sarungkan pedangmu kembali, kerana semua orang yang menggunakan pedang akan terbunuh dengan pedang.
53 Tidakkah kamu tahu bahawa Aku boleh meminta Bapa-Ku menolong Aku, dan dengan segera Bapa-Ku dapat mengirim malaikat yang lebih daripada dua belas pasukan?
54 Tetapi Aku tidak akan meminta Bapa-Ku menolong Aku. Jika Aku berbuat demikian, bagaimanakah nubuat di dalam Alkitab yang mengatakan bahawa perkara ini harus berlaku dapat terjadi?”
1 YOHANES 4 : 18
18 Orang yang menikmati kasih Allah tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut. Oleh itu, orang yang belum menikmati kasih Allah dengan sempurna, akan takut menghadapi hukuman pada Hari Kiamat.
YEHEZKIEL 25 : 17
17 [85†] Aku akan menghukum mereka dengan berat dan melampiaskan dendam terhadap mereka. Apabila mereka merasakan kemurkaan-Ku, mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”
ROMA 13 : 4
4 Hal itu demikian, kerana pemerintah itu hamba Allah, yang berkhidmat bagi kebaikan kamu. Tetapi jika kamu berbuat jahat, takutlah kepadanya, kerana pemerintah berkuasa untuk menjatuhkan hukuman. Pemerintah itu hamba Allah, yang menjatuhkan hukuman Allah kepada orang yang berbuat jahat.
Leave a Reply