Apa yang Alkitab katakan tentang kuasa tuhan

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang kuasa tuhan

KOLOSE 1 : 16
16 Hal itu demikian kerana melalui Dialah Allah menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi, segala sesuatu yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, termasuk juga roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah. Allah menciptakan alam semesta melalui Kristus dan untuk Kristus.

1 TAWARIKH 29 : 11
11 [80†] Engkau sungguh besar dan berkuasa. Engkau mulia, semarak, dan agung! Segala sesuatu di langit dan di bumi adalah milik-Mu. Engkaulah raja agung, penguasa atas segalanya.

KELUARAN 14 : 14
14 TUHAN akan berjuang untuk kamu. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa.”

IBRANI 10 : 35
35 Oleh itu, janganlah putus harapan, kerana besar balasannya jika kamu tetap berharap.

YOHANES 14 : 26
26 Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu.

KEJADIAN 1 : 1
1 Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta, [1]

MAZMUR 28 : 7
7 TUHAN melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.

AMSAL 3 : 5 – 6
5 Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.
6 Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.

KEJADIAN 1 : 1 – 31
1 Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta, [1]
2 bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. Samudera yang bergelora, yang menutupi segala sesuatu, diliputi oleh kegelapan yang pekat, tetapi kuasa Allah [2] bergerak di atas permukaan air.
3 [3†] Allah berfirman, “Hendaklah ada cahaya,” lalu cahaya pun ada.
4 Allah berpuas hati melihat hal itu. Kemudian Dia mengasingkan cahaya daripada kegelapan.
5 Dia menamakan cahaya itu “Siang” dan kegelapan itu “Malam”. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang pertama.
6 [6-7] Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah ada kubah untuk membahagikan air menjadi dua bahagian, dan membendungnya dalam dua tempat yang terpisah.” Lalu hal itu berlaku. Demikianlah Allah menjadikan kubah yang memisahkan air yang ada di bawah kubah itu daripada air yang ada di atasnya.
7
8 [4†] Allah menamakan kubah itu “Langit”. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang kedua.
9 Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah air yang ada di bawah langit mengalir ke satu tempat agar tanah kelihatan.” Lalu hal itu berlaku.
10 Allah menamakan tanah itu “Darat” dan kumpulan air itu “Laut”. Allah berpuas hati melihat hal itu.
11 Allah berfirman lagi, “Hendaklah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan, iaitu jenis yang menghasilkan biji-bijian dan jenis yang menghasilkan buah.” Lalu hal itu berlaku.
12 Demikianlah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan. Allah berpuas hati melihat hal itu.
13 Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang ketiga.
14 Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah ada benda-benda terang di langit untuk memisahkan siang daripada malam, dan untuk menunjukkan permulaan hari, tahun, serta perayaan agama. [5]
15 Benda-benda terang itu akan bersinar di langit untuk menerangi bumi.” Lalu hal itu berlaku.
16 Demikianlah Allah menjadikan dua benda terang yang besar, iaitu matahari untuk menguasai siang dan bulan untuk menguasai malam; selain itu Dia juga menjadikan bintang-bintang.
17 Allah menempatkan benda-benda terang itu di langit untuk menerangi bumi,
18 untuk menguasai siang serta malam, dan untuk mengasingkan cahaya daripada kegelapan. Allah berpuas hati melihat hal itu.
19 Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang keempat.
20 Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah air dipenuhi berjenis-jenis makhluk hidup, dan udara dipenuhi berjenis-jenis burung.”
21 Demikianlah Allah menciptakan binatang raksasa laut, dan semua jenis makhluk yang hidup di dalam air, serta semua jenis burung. Allah berpuas hati melihat hal itu.
22 Allah memberkati semuanya dan memberikan perintah kepada makhluk yang hidup di dalam air supaya membiak serta memenuhi laut, dan juga kepada semua jenis burung supaya bertambah banyak.
23 Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang kelima.
24 Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah bumi mengeluarkan semua jenis binatang darat: binatang jinak, dan binatang liar yang besar mahupun yang kecil.” Lalu hal itu berlaku.
25 Demikianlah Allah menjadikan semuanya dan Dia berpuas hati melihat hal itu.
26 [6†] Kemudian Allah berfirman, “Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita. Mereka akan menguasai semua ikan, burung, serta binatang lain: binatang jinak, dan binatang liar yang besar mahupun yang kecil.” [7]
27 [8†] Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.
28 [9†] Kemudian Dia memberkati mereka dan berfirman, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya. Hendaklah kamu menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar.
29 Aku memberi kamu segala jenis tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan biji-bijian dan buah-buahan, sebagai makanan kamu.
30 Aku memberikan rumput dan tanaman berdaun sebagai makanan kepada semua burung dan binatang liar yang lain.” Lalu hal itu berlaku.
31 Allah memandang semua yang sudah dijadikan-Nya dan Dia sangat berpuas hati. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang keenam.

2 PETRUS 3 : 8 – 13
8 [17†] Tetapi janganlah lupa akan satu perkara ini, hai sahabat-sahabat yang aku kasihi! Di sisi Tuhan, satu hari tidak ada bezanya dengan seribu tahun. Bagi-Nya, kedua-duanya sama sahaja.
9 Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.
10 [18†] Tetapi Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri. Pada Hari itu, langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh, benda-benda di langit akan terbakar dan musnah, dan bumi dengan segala yang ada di dalamnya akan lenyap. [19]
11 Semua itu akan dibinasakan dengan cara yang demikian. Oleh itu, bagaimanakah seharusnya kamu hidup? Kamu harus sentiasa hidup suci dan khas untuk Allah,
12 sementara kamu menantikan Hari apabila Allah mengadili dunia. Hendaklah kamu berusaha sebaik-baiknya untuk mempercepat kedatangan Hari itu. Pada Hari itu langit akan terbakar dan musnah, dan benda-benda di langit akan lebur kerana bahangnya.
13 [20†] Tetapi kita menantikan apa yang sudah dijanjikan oleh Allah, iaitu langit baru dan bumi baru. Di situ terdapat keadilan. [21]

YESAYA 21 : 1 – 17
1 Inilah perkhabaran TUHAN tentang Babilonia. Seperti puting beliung melintasi padang pasir, begitulah bencana datang dari sebuah negeri yang dahsyat.
2 Aku mendapat penglihatan tentang kejadian yang kejam, tentang pengkhianatan dan pembinasaan. Majulah, hai tentera Elam, seranglah! Kepunglah kota-kota itu, hai tentera Madai! Allah akan mengakhiri penderitaan yang disebabkan oleh Babel.
3 Apa yang aku nampak dan dengar dalam penglihatan itu menakutkan serta menyakitkan; kesakitan itu seperti ketika perempuan hendak bersalin.
4 Hatiku gelisah dan aku gementar ketakutan. Malam yang aku rindukan hanya membawa kegentaran.
5 Dalam penglihatan itu suatu majlis makan telah tersedia; permaidani telah dibentangkan sebagai tempat duduk para tetamu. Para jemputan sedang makan minum. Tiba-tiba kedengaran perintah, “Hai para panglima, siapkanlah perisai kamu!”
6 Lalu Tuhan berfirman kepadaku, “Pergilah tugaskan seorang pengawal, dan suruh dia laporkan apa yang dilihatnya.
7 Jika dia nampak orang datang menunggang kuda berdua-dua, serta penunggang keldai dan unta, dia harus mengamati mereka.”
8 Pengawal itu [82] berseru, “Tuan, saya telah bertugas di tempat kawalan ini siang dan malam.”
9 [83†] Tiba-tiba datanglah orang yang menunggang kuda berdua-dua. Pengawal itu mengumumkan, “Babel sudah jatuh! Semua berhala yang disembah mereka hancur berserakan di tanah.”
10 Hai bangsaku Israel, kamu telah ditebah seperti gandum. Tetapi sekarang aku telah memberitahu kamu berita baik yang aku dengar daripada TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel.
11 Inilah perkhabaran TUHAN tentang Edom. Seorang dari Edom berseru kepadaku, “Hai pengawal, masih lamakah malam ini? Katakanlah, berapa lama lagi sebelum pagi?”
12 Jawabku, “Pagi akan datang tetapi malam akan datang lagi. Jika hendak bertanya, marilah bertanya lagi.”
13 Inilah perkhabaran TUHAN tentang Arab. Hai orang Dedan, kafilah-kafilah kamu berkhemah di Arab, tanah yang gersang itu.
14 Hai orang Tema, berikanlah minuman kepada orang kehausan yang datang kepada kamu, dan berikanlah makanan kepada orang pelarian.
15 Lihatlah, orang lari daripada pedang yang terhunus, daripada busur yang dilenturkan, dan daripada peperangan.
16 Lalu Tuhan berfirman kepadaku, “Tepat satu tahun lagi, kemuliaan suku-suku Kedar akan berakhir.
17 Para pemanah mereka ialah orang yang tergagah antara orang Kedar, tetapi hanya beberapa orang antara mereka akan tinggal. Aku, TUHAN Allah Israel telah berfirman.”

AMSAL 3 : 1 – 35
1 Hai anakku, jangan lupa akan ajaranku. Ingatlah selalu akan perintahku,
2 supaya panjang umurmu dan makmur hidupmu.
3 Hendaklah kamu tetap percaya dan setia kepada Allah dan sesamamu. Ingatlah dan simpanlah hal itu dalam hatimu.
4 [5†] Jika kamu berbuat demikian, Allah dan manusia akan berkenan kepadamu.
5 Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.
6 Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.
7 [6†] Jangan anggap dirimu lebih bijaksana daripada yang sebenarnya. Taatlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatan.
8 Perbuatanmu itu akan menjadi seperti ubat yang menyembuhkan luka-lukamu dan menyegarkan badanmu.
9 Hormatilah TUHAN dengan memberi Dia persembahan daripada harta benda dan hasil tanamanmu yang terbaik.
10 Jika kamu berbuat demikian, gudang-gudangmu akan penuh dengan gandum, dan wain kamu akan berlimpah-limpah sehingga tidak cukup tempat untuk menyimpannya.
11 [7†] Hai anakku, apabila TUHAN menegur ajar kamu, terimalah tegur ajar itu sebagai amaran dan jangan tolak ajaran-Nya.
12 [8†] TUHAN menegur ajar orang yang dikasihi-Nya seperti seorang bapa menegur ajar anak yang disayanginya. [9†]
13 Berbahagialah orang yang menjadi bijaksana dan mendapat pengertian.
14 Manfaatnya melebihi keuntungan daripada perak, dan nilainya lebih tinggi daripada emas.
15 Hikmat lebih bernilai daripada batu permata. Semua yang kamu idamkan tidak dapat dibandingkan dengan hikmat!
16 Hikmat memberi kamu umur panjang, dan juga kekayaan serta kehormatan.
17 Hikmat memberi kamu kehidupan yang sejahtera dan sentosa.
18 Orang yang menjadi bijaksana berasa bahagia, dan mendapat hidup yang sejati.
19 TUHAN menciptakan bumi dengan hikmat-Nya; Dia membentangkan langit dengan pengetahuan-Nya.
20 Hikmat-Nya menyebabkan air sungai mengalir, dan awan menurunkan hujan ke bumi.
21 Hai anakku, berpeganglah pada hikmat dan pengertian. Jangan sekali-kali lepaskannya,
22 maka hidupmu akan terpelihara – sejahtera dan bahagia.
23 Kamu akan berjalan dengan selamat; kamu tidak akan tersandung.
24 Kamu akan tidur tanpa berasa takut, dan tidur nyenyak sepanjang malam.
25 Kamu tidak usah khuatir akan bencana yang datang dengan tiba-tiba, seperti bencana angin ribut yang menimpa orang jahat.
26 TUHAN akan menjaga kamu. Dia tidak akan membiarkan kamu dijerat.
27 Seboleh-bolehnya, buatlah kebajikan kepada orang yang memerlukannya.
28 Jangan sekali-kali suruh jiranmu menunggu sehingga esok, jika kamu dapat menolongnya sekarang.
29 Jangan rancang sesuatu yang akan menyusahkan jiranmu; dia tinggal di sebelah rumahmu dan dia mempercayai kamu.
30 Jangan bertengkar tanpa sebab dengan orang yang belum pernah berbuat jahat terhadap kamu.
31 Jangan iri hati terhadap orang ganas dan jangan tiru tingkah laku mereka.
32 TUHAN membenci orang yang berbuat jahat, tetapi Dia akrab dengan orang yang baik.
33 TUHAN mengutuk rumah tangga orang yang jahat, tetapi Dia memberkati rumah tangga orang yang taat kepada-Nya.
34 [10†] Dia menghina orang yang tinggi hati, tetapi berkenan kepada orang yang rendah hati.
35 Orang yang bijak akan mendapat kehormatan, tetapi orang yang bodoh akan mendapat malu.

YUDAS 1 : 3
3 Saudara-saudara yang aku kasihi! Aku telah berusaha sebaik-baiknya untuk menulis surat kepada kamu tentang penyelamatan yang kita alami bersama. Tetapi hatiku tergerak untuk menggalakkan kamu melalui surat ini, supaya kamu terus berjuang untuk iman yang telah diberikan oleh Allah sekali sahaja kepada umat-Nya untuk selama-lamanya.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *