Apa yang Alkitab katakan tentang Allah bersama kita

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Allah bersama kita

YOHANES 10 : 30
30 Bapa dan Aku satu.”

YESAYA 9 : 6
6 [38†] Kekuasaan-Nya akan terus bertambah; pemerintahan-Nya akan sentiasa aman. Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud, pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilan dari sekarang hingga akhir zaman. TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini.

IBRANI 1 : 3
3 Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa. Setelah Dia memungkinkan manusia dibebaskan daripada dosa, Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi.

1 KORINTUS 3 : 16
16 [20†] Tentu kamu tahu bahawa kamu tempat kediaman Allah, kerana Roh Allah tinggal di dalam kamu!

MATIUS 1 : 23
23 [6†] “Seorang anak dara akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu akan dinamakan Imanuel.” (Dalam bahasa Ibrani, Imanuel bererti, “Allah menyertai kita”).

1 TIMOTIUS 3 : 16
16 Tidak seorang pun dapat menafikan betapa mulianya rahsia kepercayaan kita: Kristus Yesus menampakkan diri dengan rupa manusia, dan dinyatakan benar oleh Roh Allah, [15] serta dilihat oleh para malaikat. Dia diisytiharkan antara bangsa-bangsa, dan Dia dipercayai di seluruh dunia, dan telah diangkat ke syurga.

YOHANES 1 : 14
14 Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita. [3]

WAHYU 1 : 8
8 [5†] “Akulah yang pertama dan yang terakhir,” firman Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang.

YOHANES 4 : 24
24 Allah itu Roh, dan hanya dengan kuasa Roh Allah orang dapat menyembah Bapa sebagai Allah yang benar.” [30]

LUKAS 2 : 11
11 Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan.

YESAYA 43 : 11
11 Hanya Akulah TUHAN, Aku sahaja yang dapat menyelamatkan kamu.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *