Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang matlamat
FILIPI 3 : 13 – 14
13 Saudara-saudaraku, sebenarnya aku tidak [15] menganggap bahawa aku sudah berjaya memenangi hadiah itu. Tetapi satu perkara aku lakukan. Aku melupakan apa yang di belakang dan berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang di hadapan.
14 Itulah sebabnya aku berlari terus ke arah tujuanku untuk memenangi hadiah itu. Hadiah itu hidup sejati dan kekal yang merupakan panggilan Allah kepadaku melalui Kristus Yesus.
MATIUS 6 : 33
33 Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, [71] lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu.
ULANGAN 28 : 1 – 68
1 “Jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu, dan setia melakukan segala perintah-Nya yang aku berikan kepada kamu hari ini, maka Dia akan menjadikan kamu bangsa yang paling masyhur di dunia.
2 Taatilah TUHAN, Allah kamu, maka segala berkat ini akan diberikan kepada kamu:
3 Diberkatilah kota dan ladang kamu.
4 Diberkatilah kamu sehingga anak kamu banyak, hasil tanaman kamu berlimpah-limpah, dan lembu serta domba kamu banyak.
5 Diberkatilah tuaian gandum kamu, dan makanan yang kamu buat daripadanya.
6 Diberkatilah segala usaha kamu.
7 TUHAN akan mengalahkan musuh apabila mereka menyerang kamu. Mereka akan melancarkan serangan dengan teratur, tetapi kemudian lari bertempiaran.
8 TUHAN, Allah kamu akan memberkati usaha kamu dan memenuhi gudang-gudang kamu dengan gandum. Dia akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu.
9 Jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu dan melakukan segala perintah-Nya, Dia akan menjadikan kamu umat-Nya sendiri seperti yang sudah dijanjikan-Nya.
10 Kemudian semua bangsa di dunia akan tahu bahawa TUHAN sudah memilih kamu menjadi umat-Nya sendiri, dan mereka akan takut terhadap kamu.
11 TUHAN akan mengurniai kamu anak yang banyak. Ternakan kamu akan banyak, dan hasil tanaman kamu berlimpah-ruah di tanah yang telah dijanjikan TUHAN kepada nenek moyang kamu untuk diberikan kepada kamu.
12 TUHAN akan menurunkan hujan pada musimnya dari tempat-tempat penyimpanan hujan di langit; Dia akan memberkati segala usaha kamu supaya kamu dapat memberi pinjaman kepada banyak bangsa, tetapi kamu sendiri tidak usah meminjam apa-apa daripada sesiapa pun.
13 TUHAN, Allah kamu akan menjadikan kamu pemimpin antara bangsa-bangsa dan bukan pengikut. Kamu akan sentiasa berjaya dan tidak pernah gagal, jika kamu taat dengan setia kepada segala perintah TUHAN yang aku berikan kepada kamu hari ini.
14 [177†] Tetapi jangan sekali-kali langgar perintah itu dengan apa cara pun, dan jangan sembah tuhan-tuhan lain.”
15 “Tetapi jika kamu tidak taat kepada TUHAN, Allah kamu dan tidak setia melakukan segala perintah dan hukum-Nya yang aku berikan kepada kamu hari ini, maka semua kutuk ini akan menimpa kamu:
16 Terkutuklah kota dan ladang kamu.
17 Terkutuklah tuaian gandum kamu, dan makanan yang kamu buat daripada gandum itu.
18 Terkutuklah kamu sehingga anak kamu sedikit sahaja, hasil tanaman kamu sedikit, dan lembu serta domba kamu tidak banyak.
19 Terkutuklah segala usaha kamu.
20 Jika kamu berbuat jahat dan menolak TUHAN, Dia akan mendatangkan bencana, kekacauan, dan kesusahan dalam segala usaha kamu, sehingga dalam waktu yang singkat sahaja, kamu akan binasa sama sekali.
21 Dia akan mendatangkan penyakit demi penyakit kepada kamu, sehingga tidak seorang pun di kalangan kamu tinggal di tanah yang akan kamu duduki itu.
22 TUHAN akan menghukum kamu dengan penyakit-penyakit yang berjangkit, bengkak-bengkak, dan demam. TUHAN akan mendatangkan kemarau dan angin panas sehingga tuaian kamu rosak. Bencana-bencana itu akan terus menimpa kamu sehingga kamu mati.
23 Hujan tidak akan turun dan tanah kamu akan menjadi keras seperti besi.
24 TUHAN tidak akan menurunkan hujan, melainkan ribut debu dan ribut pasir sehingga kamu habis binasa.
25 TUHAN akan membiarkan kamu dikalahkan oleh musuh. Kamu akan melancarkan serangan terhadap musuh dengan teratur, tetapi kemudian lari bertempiaran. Semua bangsa di dunia akan ngeri melihat kejadian yang menimpa kamu.
26 Apabila kamu mati, burung dan binatang liar akan datang lalu makan mayat kamu. Tiada seorang pun akan mengusir burung dan binatang itu.
27 TUHAN akan mendatangkan bisul pada tubuh kamu seperti yang dilakukan-Nya kepada orang Mesir dahulu. Kulit kamu akan diliputi kudis dan keruping yang gatal, tetapi tidak ada ubatnya.
28 TUHAN akan menyebabkan kamu hilang akal, dan menjadikan kamu buta, serta bingung.
29 Pada siang hari, kamu akan meraba-raba seperti orang buta, dan kamu tidak dapat mencari jalan. Apa pun yang kamu buat, kamu tidak akan berjaya. Kamu akan sentiasa ditindas dan dirompak, dan tiada seorang pun akan menolong kamu.
30 Kamu akan bertunang dengan seorang gadis, tetapi orang lain akan berkahwin dengannya. Kamu akan membina rumah, tetapi kamu tidak akan mendiaminya. Kamu akan menanam pokok anggur, tetapi kamu tidak akan makan buahnya.
31 Lembu kamu akan disembelih di depan mata kamu, tetapi kamu tidak akan makan sedikit pun dagingnya. Keldai kamu akan diseret sementara kamu memandangnya, dan keldai itu tidak akan dikembalikan kepada kamu. Domba kamu akan diberikan kepada musuh, dan tidak seorang pun dapat menolong kamu.
32 Di depan mata kamu, anak-anak kamu, baik lelaki mahupun perempuan, akan diberikan sebagai hamba kepada orang bangsa asing. Tiap-tiap hari, mata kamu pedih mencari anak-anak kamu, tetapi usaha kamu itu sia-sia, kerana mereka tidak akan kembali.
33 Bangsa asing akan merampas segala hasil tanaman yang sudah kamu usahakan dengan susah payah. Kamu sendiri tidak akan menerima suatu apa pun, melainkan penindasan yang terus-menerus dan kekejaman.
34 Penderitaan akan menyebabkan kamu hilang akal.
35 TUHAN akan meliputi kaki kamu dengan kudis yang menyakitkan, dan tidak dapat sembuh. Bisul akan meliputi kamu dari hujung kaki sampai ke hujung rambut.
36 TUHAN akan membuang kamu dan raja kamu ke negeri asing, tempat yang tidak pernah menjadi kediaman kamu ataupun nenek moyang kamu. Di sana kamu akan mengabdi kepada tuhan-tuhan yang dibuat daripada kayu dan batu.
37 Di negeri-negeri tempat TUHAN mencerai-beraikan kamu, orang akan terkejut melihat perkara yang terjadi kepada kamu. Mereka akan mengolok-olok dan mempermalukan kamu.
38 Kamu akan menanam banyak benih, tetapi menuai sedikit sahaja kerana belalang akan makan hasil tanaman kamu.
39 Kamu akan menanam anggur dan memelihara ladang anggur itu, tetapi kamu tidak akan memetik buah anggur ataupun meminum wain, kerana ulat akan makan pokok-pokok anggur.
40 Pokok-pokok zaitun akan tumbuh di seluruh negeri kamu, tetapi kamu tidak akan mendapat minyaknya kerana buahnya akan gugur.
41 Kamu akan mempunyai anak lelaki dan perempuan, tetapi kamu akan kehilangan mereka kerana mereka dibawa pergi sebagai tawanan perang.
42 Semua pokok dan tanaman kamu akan dimakan serangga.
43 Orang bangsa asing yang tinggal di negeri kamu akan semakin berkuasa, sedangkan kamu semakin kehilangan kuasa.
44 Mereka akan mempunyai wang untuk dipinjamkan kepada kamu, sedangkan kamu tidak mempunyai apa-apa untuk dipinjamkan kepada mereka. Akhirnya, mereka akan memerintah kamu.
45 Segala malapetaka itu akan menimpa kamu sehingga kamu binasa, kerana kamu tidak taat kepada TUHAN, Allah kamu dan tidak mematuhi semua hukum yang diberikan-Nya kepada kamu.
46 Bencana-bencana itu akan menjadi bukti hukuman TUHAN atas kamu dan keturunan kamu selama-lamanya.
47 TUHAN, Allah kamu sudah memberkati kamu dalam segala hal, tetapi kamu tidak mengabdi kepada-Nya dengan hati yang suka dan gembira.
48 Oleh itu kamu akan mengabdi kepada musuh yang akan dikirim oleh TUHAN untuk melawan kamu. Kamu akan lapar, dahaga, dan bertelanjang; kamu kekurangan segala-galanya. TUHAN [178] akan menindas kamu dengan kejam sehingga kamu binasa.
49 TUHAN akan mendatangkan suatu bangsa dari hujung bumi untuk melawan kamu, bangsa yang bahasanya tidak kamu fahami. Seperti burung helang, mereka akan menyambar kamu.
50 Mereka kejam dan tidak menaruh belas kasihan terhadap sesiapa pun, baik orang tua mahupun anak-anak.
51 Mereka akan mengambil ternakan dan hasil tanaman kamu, tetapi kamu akan mati kelaparan. Mereka tidak akan meninggalkan gandum, wain, minyak zaitun, lembu, ataupun domba bagi kamu, dan kamu akan mati.
52 Mereka akan menyerang tiap-tiap kota di tanah yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu, dan tembok-tembok tinggi serta kukuh yang kamu harap-harapkan itu akan roboh.
53 Apabila musuh mengepung kota kamu, kamu akan putus asa kerana kelaparan sehingga kamu makan anak-anak yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu.
54 [54-55] Bahkan seorang lelaki bangsawan yang paling luhur budinya, akan menjadi begitu terdesak apabila kotanya dikepung, sehingga dia makan anak-anaknya sendiri kerana tidak ada lagi makanan lain. Dia tidak mahu membahagikannya dengan saudaranya sekalipun, atau isteri yang dikasihinya, atau dengan anak-anaknya yang masih hidup.
55
56 [56-57] [179†] Bahkan seorang wanita bangsawan yang paling luhur budinya, dan yang sangat kaya sehingga belum pernah berjalan kaki ke mana-mana tempat, akan berlaku demikian juga. Apabila musuh mengepung kotanya, dia akan menjadi begitu terdesak kerana kelaparan, sehingga dengan sembunyi-sembunyi dia akan makan bayi yang baru dilahirkannya, dan juga uri bayi itu. Dia tidak mahu membahagikannya dengan suami yang dikasihinya, atau dengan anak-anaknya yang masih hidup.
57
58 Jika kamu tidak setia mentaati segala hukum Allah yang tertulis di dalam kitab ini, dan tidak menghormati TUHAN, Allah kamu yang agung dan menakjubkan,
59 Dia akan mendatangkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan wabak yang tidak dapat dihentikan, kepada kamu dan keturunan kamu.
60 Dia akan menimpa kamu dengan semua penyakit dahsyat yang kamu takuti di Mesir dahulu. Kamu tidak akan sembuh daripada penyakit itu.
61 TUHAN akan mendatangkan segala macam penyakit dan wabak yang tidak disebut di dalam kitab ini, yang mengandungi hukum dan ajaran Allah. Kemudian kamu akan dibinasakan.
62 Meskipun kamu menjadi sebanyak bintang di langit, tetapi hanya sedikit sahaja orang di kalangan kamu akan terselamat, kerana kamu tidak taat kepada TUHAN, Allah kamu.
63 Sebagaimana TUHAN suka menjadikan kamu makmur dan menambahkan bilangan kamu, demikian juga Dia suka membinasakan dan memusnahkan kamu. Kamu akan dicabut dari tanah yang tidak lama lagi kamu duduki.
64 TUHAN akan mencerai-beraikan kamu di kalangan bangsa-bangsa di seluruh muka bumi. Di sana kamu akan mengabdi kepada tuhan-tuhan yang dibuat daripada kayu dan batu, tuhan-tuhan yang tidak pernah kamu sembah atau disembah nenek moyang kamu.
65 Di kalangan bangsa-bangsa itu, kamu tidak akan mendapat ketenteraman dan tidak ada tempat yang dapat kamu sebut milik kamu; TUHAN akan menyebabkan kamu sangat gelisah, putus asa, dan cemas.
66 Hidup kamu akan selalu terancam bahaya. Siang malam kamu akan dipenuhi kengerian, dan kamu sentiasa takut akan kematian.
67 Apa sahaja yang kamu lihat akan menyebabkan hati kamu berdebar-debar kerana takut. Setiap pagi kamu akan mengharapkan malam, dan setiap malam kamu akan mengharapkan pagi.
68 TUHAN akan mengirim kamu kembali ke Mesir dengan kapal, meskipun Dia [180] sudah berfirman bahawa kamu tidak akan ke sana lagi. Di sana kamu akan cuba menjual diri sebagai hamba kepada musuh, tetapi tidak seorang pun yang mahu membeli kamu.”
YOHANES 14 : 15
15 “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku.
1 KORINTUS 9 : 24 – 27
24 Kamu tentu tahu bahawa dalam lumba lari, semua peserta mengambil bahagian dalam perlumbaan, tetapi hanya seorang yang menerima hadiah. Oleh itu larilah sedemikian rupa sehingga kamu mendapat hadiah itu.
25 Setiap ahli sukan yang sedang menjalani latihan harus mematuhi disiplin yang ketat. Dia melakukannya kerana dia ingin mendapat hadiah kejuaraan, walaupun hadiah itu akan rosak. Kita pun seperti ahli sukan yang mematuhi disiplin yang ketat supaya mendapat hadiah kejuaraan yang tidak akan rosak.
26 Itulah sebabnya aku lari terus ke garis penamat. Seperti petinju, aku tidak mahu mensia-siakan tumbukanku.
27 Aku melatih diri dengan giat supaya aku dapat menguasai diri. Aku berbuat demikian, supaya aku tidak ditolak, setelah aku mengkhabarkan Berita Baik kepada orang lain.
FILIPI 4 : 13
13 Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.
LUKAS 10 : 27
27 [115†] Orang itu menjawab, “ ‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu’; dan ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ ”
IMAMAT 26 : 1 – 46
1 [96†] TUHAN berfirman, “Jangan buat berhala, dan jangan dirikan patung, tugu berhala atau batu berukir untuk disembah. Akulah TUHAN, Allah kamu.
2 Rayakanlah hari Sabat dan hormatilah tempat Aku disembah. Akulah TUHAN.
3 Jika kamu hidup menurut hukum-Ku dan taat kepada perintah-Ku,
4 Aku akan menurunkan hujan pada waktunya supaya tanah kamu dapat mengeluarkan hasil, dan pokok-pokok akan berbuah.
5 [97†] Hasil tanaman kamu akan sedemikian banyak sehingga kamu masih menuai gandum apabila tiba masanya memetik buah anggur, dan kamu masih memetik buah anggur apabila tiba masanya menanam gandum. Kamu akan mendapat makanan yang cukup, dan hidup tenteram di negeri kamu.
6 Aku akan mendatangkan keamanan di negeri kamu sehingga kamu dapat tidur tanpa berasa takut terhadap sesiapa pun. Aku akan melenyapkan binatang buas di negeri itu, dan peperangan pun tidak akan ada lagi.
7 Kamu akan mengalahkan musuh kamu;
8 dengan lima orang, kamu akan mengalahkan seratus orang musuh, dan dengan seratus orang kamu akan mengalahkan sepuluh ribu orang musuh.
9 Aku akan memberkati kamu dan memberi kamu anak yang banyak. Aku akan menepati perjanjian yang Aku buat dengan kamu.
10 Hasil tanaman kamu akan sedemikian banyak sehingga cukup untuk satu tahun. Bahkan kamu terpaksa mengeluarkan sisa tuaian yang lama supaya ada tempat untuk menyimpan tuaian yang baru.
11 Aku akan tinggal di kalangan kamu dalam Khemah-Ku, dan Aku sekali-kali tidak akan menolak kamu.
12 [98†] Aku akan menyertai kamu; Aku akan menjadi Allah kamu dan kamu menjadi umat-Ku.
13 Aku TUHAN, Allah kamu, membawa kamu keluar dari Mesir supaya kamu tidak lagi menjadi abdi. Aku sudah mematahkan kekuasaan yang menindas kamu, dan menjadikan kamu orang yang merdeka.”
14 TUHAN berfirman, “Jika kamu tidak mahu taat kepada perintah-Ku, kamu akan dihukum.
15 Jika kamu tidak mahu patuh kepada hukum dan perintah-Ku, serta tidak menepati perjanjian yang Aku buat dengan kamu,
16 Aku akan menghukum kamu. Aku akan mendatangkan bencana kepada kamu — penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan demam, sehingga kamu buta dan hidup merana. Kamu akan bercucuk tanam tetapi sia-sia sahaja, kerana musuh kamu akan mengalahkan kamu dan memakan hasil tanaman kamu.
17 Aku akan menentang kamu sehingga kamu dikalahkan musuh. Orang yang membenci kamu akan menjajah kamu, dan kamu akan menjadi begitu takut sehingga kamu akan lari walaupun tidak ada orang yang mengejar kamu.
18 Jika setelah mengalami segala hukuman itu kamu masih tidak taat kepada-Ku, Aku akan menambah hukuman itu tujuh kali ganda.
19 Aku akan mematahkan kekuasaan yang kamu banggakan. Hujan tidak akan turun sehingga tanah kamu menjadi kering dan keras seperti besi.
20 Semua usaha kamu sia-sia sahaja, kerana tanah tidak akan mengeluarkan hasil dan pokok-pokok tidak akan berbuah.
21 Jika kamu masih juga melawan Aku dan tidak mahu taat kepada-Ku, Aku akan menambah hukuman itu tujuh kali ganda lagi.
22 Aku akan mengirim binatang buas ke tengah-tengah kamu. Binatang-binatang itu akan membunuh anak-anak kamu dan memusnahkan ternakan kamu, sehingga kamu tinggal sedikit sahaja, dan jalan-jalan kamu menjadi lengang.
23 Jika segala hukuman itu sudah berlaku, tetapi kamu masih tidak mahu mendengarkan Aku melainkan terus juga menentang Aku,
24 maka Aku akan melawan kamu dan menghukum kamu tujuh kali lebih dahsyat daripada yang sudah-sudah.
25 Aku akan mendatangkan peperangan di negeri kamu untuk menghukum kamu, kerana kamu memungkiri perjanjian-Ku dengan kamu. Apabila kamu berkumpul di dalam kota untuk mencari perlindungan, Aku akan mendatangkan penyakit yang membawa maut sehingga kamu terpaksa menyerah kepada musuh.
26 Aku tidak akan memberi kamu makanan sehingga sepuluh orang perempuan hanya memerlukan satu ketuhar roti untuk membakar semua roti yang ada. Roti itu akan dicatu, dan sesudah kamu memakannya kamu masih lapar.
27 Jika setelah segalanya ini berlaku, dan kamu masih tetap menentang Aku dan tidak mahu taat kepada-Ku,
28 maka dengan murka Aku akan melawan kamu dan menghukum kamu tujuh kali lebih dahsyat daripada yang sudah-sudah.
29 Kamu akan menjadi begitu lapar sehingga kamu makan anak-anak kamu sendiri.
30 Aku akan memusnahkan tempat-tempat pemujaan kamu di bukit-bukit, merobohkan mazbah-mazbah tempat kamu membakar kemenyan, dan melemparkan mayat kamu ke atas berhala yang sudah roboh itu. Kerana jijik,
31 Aku akan memusnahkan kota-kota kamu dan juga tempat-tempat pemujaan kamu. Aku tidak akan menerima korban daripada kamu.
32 Negeri kamu akan Kumusnahkan sama sekali, sehingga musuh yang menduduki negeri kamu akan terperanjat melihat betapa dahsyatnya kemusnahan itu.
33 Aku akan mendatangkan peperangan di negeri kamu, lalu kamu akan tercerai-cerai di negeri orang. Kota-kota kamu akan hancur dan negeri kamu akan terlantar.
34 [34-35] Pada masa itu, sementara kamu berada dalam pembuangan di negeri musuh kamu, tanah yang tidak kamu biarkan berehat semasa kamu mendiaminya, akan terlantar dan mendapat kesempatan berehat.
35
36 Aku akan menyebabkan kamu yang dibuang di negeri orang begitu takut, sehingga bunyi daun yang ditiup angin pun menyebabkan kamu lari. Kamu akan lari seolah-olah dikejar oleh musuh dalam pertempuran, dan kamu akan jatuh walaupun tidak ada musuh dekat kamu.
37 Kamu akan tersandung satu sama lain walaupun tiada sesiapa yang mengejar kamu. Kamu tidak akan dapat melawan musuh.
38 Kamu akan mati dalam pembuangan, dan dikubur di negeri musuh.
39 Sebahagian kecil daripada kamu yang masih hidup di negeri musuh akan merana kerana dosa kamu sendiri dan dosa nenek moyang kamu.
40 Tetapi keturunan kamu akan mengakui dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka yang melawan Aku dan memberontak terhadap Aku,
41 sehingga menyebabkan Aku menentang mereka dan membuang mereka di negeri musuh. Akhirnya, apabila keturunan kamu merendahkan diri, dan telah menjalani hukuman kerana dosa dan pemberontakan mereka,
42 [99†] Aku akan mengingat perjanjian-Ku dengan Yakub, Ishak, dan Abraham. Aku akan membaharui janji-Ku untuk memberikan negeri itu kepada umat-Ku.
43 Tetapi terlebih dahulu, negeri itu mesti dikosongkan daripada penduduknya supaya sungguh-sungguh dapat berehat. Umat-Ku mesti menjalani semua hukuman, kerana tidak mahu mematuhi hukum dan perintah-Ku.
44 Walaupun demikian, semasa mereka di negeri musuh, Aku tidak akan meninggalkan ataupun membinasakan mereka sama sekali. Jika Aku berbuat begitu, tindakan itu akan membatalkan perjanjian-Ku dengan mereka, sedangkan Aku ini TUHAN, Allah mereka.
45 Aku akan membaharui perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka ketika Aku membawa mereka keluar dari Mesir untuk menunjukkan kuasa-Ku kepada semua bangsa, dan supaya Aku, TUHAN, boleh menjadi Allah mereka.”
46 [100†] Itulah semua hukum dan perintah yang diberikan oleh TUHAN kepada Musa di atas Gunung Sinai untuk umat Israel.
1 PETRUS 5 : 8
8 Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis, musuh kamu merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa.
FILIPI 3 : 14 – 16
14 Itulah sebabnya aku berlari terus ke arah tujuanku untuk memenangi hadiah itu. Hadiah itu hidup sejati dan kekal yang merupakan panggilan Allah kepadaku melalui Kristus Yesus.
15 Kita semua yang sudah matang dalam kehidupan sebagai orang yang percaya kepada Kristus, harus bersikap demikian. Tetapi jika ada antara kamu yang berpendapat lain, Allah akan menjelaskan hal itu kepada kamu.
16 Bagaimanapun kita perlu memperhatikan hal ini: Kita harus tetap hidup menurut peraturan yang telah kita taati sehingga sekarang.
Leave a Reply