Apa yang Alkitab katakan tentang memberi kembali

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang memberi kembali

2 KORINTUS 9 : 7
7 Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.

KISAH RASUL-RASUL 20 : 35
35 Dalam segala perkara aku sudah memberikan teladan kepada kamu bahawa dengan bekerja keras seperti ini, kita harus menolong orang yang lemah. Ingatlah akan kata-kata Tuhan Yesus, ‘Lebih berbahagia memberi daripada menerima.’ ”

LUKAS 6 : 38
38 Apa yang kamu berikan kepada orang lain, Allah juga akan memberikannya kepada kamu. Allah akan mencurahi kamu pemberian yang berlimpah-limpah. Sukatan yang kamu gunakan untuk orang lain akan digunakan oleh Allah untuk kamu.”

AMSAL 3 : 9
9 Hormatilah TUHAN dengan memberi Dia persembahan daripada harta benda dan hasil tanamanmu yang terbaik.

IMAMAT 27 : 30
30 Sepuluh peratus daripada segala hasil tanaman kamu, baik gandum mahupun buah-buahan menjadi milik TUHAN.

2 KORINTUS 9 : 11
11 Allah akan menjadikan kamu berkecukupan supaya kamu sentiasa dapat bermurah hati. Dengan demikian banyak orang akan bersyukur kepada Allah kerana derma yang kamu kirim melalui kami.

MALEAKHI 3 : 10
10 [9†] Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.

MATIUS 6 : 21
21 Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu!”

LUKAS 12 : 32
32 “Janganlah takut, hai kamu yang kecil bilangan, kerana Bapa kamu berkenan membenarkan kamu menikmati Pemerintahan-Nya.

LUKAS 3 : 11
11 Yohanes menjawab, “Sesiapa yang mempunyai dua helai baju, harus memberikan sehelai kepada orang yang tidak mempunyai baju; dan sesiapa yang mempunyai makanan, harus berkongsi makanan dengan yang berkekurangan.”

FILIPI 4 : 14 – 18
14 Tetapi kamu sudah menolong aku dalam kesusahanku; perbuatan kamu itu baik.
15 Kamu yang tinggal di Filipi benar-benar tahu bahawa ketika aku meninggalkan Makedonia, pada waktu aku mula mengkhabarkan Berita Baik di situ, kamulah satu-satunya jemaah yang menolong aku. Hanya kamu yang mengalami untung rugi bersama-sama aku.
16 [17†] Semasa aku di Tesalonika dan memerlukan bantuan, lebih daripada sekali kamu mengirim bantuan kepadaku. [18†]
17 Aku tidak ingin menerima pemberian sahaja, tetapi aku ingin melihat keuntungan dimasukkan ke dalam akaun kamu.
18 [19†] Aku mengaku sudah menerima segala yang kamu berikan, yang lebih daripada cukup itu! Aku sudah menerima semua pemberian kamu yang dibawa oleh Epafroditus, dan sekarang aku mempunyai segala yang aku perlukan. Pemberian kamu seperti persembahan yang harum dan Allah berkenan menerima korban itu.

KEJADIAN 28 : 20 – 22
20 Kemudian Yakub bersumpah kepada TUHAN, “Jika Engkau melindungi dan menolong aku sepanjang perjalananku, serta memberi aku makanan dan pakaian,
21 sehingga aku kembali ke rumah bapaku dengan selamat, Engkau akan menjadi Allahku.
22 Batu peringatan yang sudah aku tegakkan ini akan menjadi tempat Engkau disembah dan aku akan memberi Engkau sepersepuluh daripada segala sesuatu yang Engkau berikan kepadaku.”

2 KORINTUS 8 : 14
14

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *