Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang keluar dari hutang
AMSAL 22 : 7
7 Orang miskin dikuasai orang kaya. Orang yang minta pinjam dikuasai orang yang memberi pinjam.
LUKAS 14 : 28
28 Jika seorang daripada kamu hendak membina sebuah menara, dia akan duduk dahulu lalu mengira perbelanjaannya, supaya dia tahu sama ada wangnya cukup untuk menyudahkan pekerjaan itu.
MATIUS 6 : 33
33 Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, [71] lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu.
LUKAS 16 : 11
11 Jika kamu tidak menggunakan kekayaan dunia ini dengan setia, bagaimanakah kamu dapat menggunakan kekayaan sejati dengan baik?
KOLOSE 3 : 23
23 Lakukanlah semua tugas dengan sepenuh hati, seolah-olah kamu melakukannya untuk Tuhan dan bukan untuk manusia.
ROMA 13 : 8
8 Janganlah berhutang kepada sesiapa pun, kecuali berhutang kasih terhadap satu sama lain. Sesiapa yang mengasihi sesama manusia, mentaati Taurat.
ULANGAN 28 : 1 – 14
1 “Jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu, dan setia melakukan segala perintah-Nya yang aku berikan kepada kamu hari ini, maka Dia akan menjadikan kamu bangsa yang paling masyhur di dunia.
2 Taatilah TUHAN, Allah kamu, maka segala berkat ini akan diberikan kepada kamu:
3 Diberkatilah kota dan ladang kamu.
4 Diberkatilah kamu sehingga anak kamu banyak, hasil tanaman kamu berlimpah-limpah, dan lembu serta domba kamu banyak.
5 Diberkatilah tuaian gandum kamu, dan makanan yang kamu buat daripadanya.
6 Diberkatilah segala usaha kamu.
7 TUHAN akan mengalahkan musuh apabila mereka menyerang kamu. Mereka akan melancarkan serangan dengan teratur, tetapi kemudian lari bertempiaran.
8 TUHAN, Allah kamu akan memberkati usaha kamu dan memenuhi gudang-gudang kamu dengan gandum. Dia akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu.
9 Jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu dan melakukan segala perintah-Nya, Dia akan menjadikan kamu umat-Nya sendiri seperti yang sudah dijanjikan-Nya.
10 Kemudian semua bangsa di dunia akan tahu bahawa TUHAN sudah memilih kamu menjadi umat-Nya sendiri, dan mereka akan takut terhadap kamu.
11 TUHAN akan mengurniai kamu anak yang banyak. Ternakan kamu akan banyak, dan hasil tanaman kamu berlimpah-ruah di tanah yang telah dijanjikan TUHAN kepada nenek moyang kamu untuk diberikan kepada kamu.
12 TUHAN akan menurunkan hujan pada musimnya dari tempat-tempat penyimpanan hujan di langit; Dia akan memberkati segala usaha kamu supaya kamu dapat memberi pinjaman kepada banyak bangsa, tetapi kamu sendiri tidak usah meminjam apa-apa daripada sesiapa pun.
13 TUHAN, Allah kamu akan menjadikan kamu pemimpin antara bangsa-bangsa dan bukan pengikut. Kamu akan sentiasa berjaya dan tidak pernah gagal, jika kamu taat dengan setia kepada segala perintah TUHAN yang aku berikan kepada kamu hari ini.
14 [177†] Tetapi jangan sekali-kali langgar perintah itu dengan apa cara pun, dan jangan sembah tuhan-tuhan lain.”
AMSAL 3 : 9 – 10
9 Hormatilah TUHAN dengan memberi Dia persembahan daripada harta benda dan hasil tanamanmu yang terbaik.
10 Jika kamu berbuat demikian, gudang-gudangmu akan penuh dengan gandum, dan wain kamu akan berlimpah-limpah sehingga tidak cukup tempat untuk menyimpannya.
2 RAJA-RAJA 4 : 1 – 7
1 Pada suatu hari, balu seorang nabi datang kepada Elisa dan berkata, “Tuan, suami saya telah meninggal! Tuan tahu bahawa dia seorang yang taat kepada Allah tetapi dia berhutang kepada seseorang. Sekarang orang itu datang untuk merampas dua orang anak lelaki saya dan menjadikan mereka abdi untuk membayar hutang mendiang suami saya.”
2 Elisa bertanya, “Apakah yang dapat saya lakukan? Barang apa yang ada di rumah puan?” “Tidak ada apa-apa,” jawab balu itu, “kecuali minyak zaitun di dalam sebuah bejana kecil.”
3 Elisa berkata, “Pergilah kepada jiran-jiran puan dan pinjamlah seberapa banyak bejana kosong yang ada.
4 Selepas itu puan dan anak-anak puan harus masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Lalu tuanglah minyak dari bejana kecil itu ke dalam bejana-bejana lain. Kumpulkanlah bejana yang telah penuh.”
5 Kemudian balu itu pulang dan masuk ke dalam rumah bersama dengan anak-anaknya, lalu menutup pintu. Dia mengambil minyak zaitun di dalam bejana kecil itu dan menuangnya ke dalam bejana-bejana yang lain sebaik sahaja anak-anaknya membawa bejana itu kepadanya.
6 Apabila mereka telah memenuhkan semua bejana itu, dia bertanya, “Masih ada lagi?” Salah seorang anaknya menjawab, “Tiada lagi.” Ketika itu juga minyak itu berhenti mengalir.
7 Kemudian balu itu balik kepada Nabi Elisa. Lalu Elisa berkata kepadanya, “Juallah minyak zaitun itu dan bayarlah semua hutang puan, dan wang selebihnya untuk nafkah hidup sehari-hari bagi puan dan anak-anak puan.”
AMSAL 21 : 20
20 Orang bijak tetap kaya dan makmur, tetapi orang bodoh membazirkan harta mereka.
AMSAL 13 : 22
22 Orang baik akan mewariskan hartanya kepada anak cucu, sedangkan harta orang berdosa diwarisi oleh orang yang lurus hati.
1 KORINTUS 10 : 31
31 Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah.
KISAH RASUL-RASUL 20 : 24
24 [136†] Tetapi aku tidak mengambil berat sama ada aku hidup atau mati. Aku hanya ingin menyelesaikan tugas yang aku terima daripada Tuhan Yesus. Aku diberikan tugas untuk mengkhabarkan Berita Baik tentang rahmat Allah.
1 KORINTUS 6 : 19 – 20
19 [34†] Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. [35] Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah.
20 Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.
Leave a Reply