Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Pengampunan
KELUARAN 23 : 5
5 [118†] Jika keldai musuh kamu jatuh kerana bebannya berat, tolonglah dia menegakkan keldai itu; jangan pergi tanpa memberikan pertolongan.
AMSAL 19 : 11
11 Orang bijak dapat menahan kemarahan. Mereka dipuji kerana mengampunkan kesalahan orang terhadap mereka.
AMSAL 24 : 17
17 Jangan bersukacita apabila musuhmu kena celaka, dan jangan tertawa apabila dia jatuh.
AMSAL 24 : 29
29 Jangan berkata, “Aku akan membalas perbuatannya terhadapku! Aku akan membalas dendamku!”
AMSAL 25 : 22
22 [43†] Perbuatan kamu akan memalukan mereka, dan TUHAN akan membalas kebaikan kamu.
ROMA 12 : 20
20 [120†] Janganlah balas dendam, tetapi lakukanlah apa yang tertulis di dalam Alkitab, “Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, berilah dia minuman. Kerana dengan berbuat demikian, kamu akan membuat dia malu.”
PENGKHUTBAH 7 : 21
21 Jangan pedulikan segala kata orang. Mungkin kamu mendengar hambamu mengutuk kamu,
MATIUS 5 : 7
7 Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain, Allah juga akan mengasihani mereka!
MATIUS 5 : 41
41 Jika seorang askar penjajah memaksa kamu mengangkat barangnya sejauh satu kilometer, angkatlah barangnya sejauh dua kilometer.
MATIUS 5 : 48
48 [61†] Kamu harus mengasihi semua orang, seperti Bapa kamu yang di syurga mengasihi semua orang.”
LUKAS 6 : 34
34 Jika kamu memberikan pinjaman kepada orang yang dapat mengembalikannya, patutkah kamu menerima pujian? Orang berdosa pun memberikan pinjaman kepada orang berdosa, lalu memintanya kembali!
MATIUS 6 : 12
12 Ampunkanlah kesalahan kami, seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami.
LUKAS 11 : 4
4 Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami. Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.’ ”
MATIUS 6 : 15
15 [67†] Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang lain, Bapa kamu yang di syurga tidak akan mengampunkan kesalahan kamu juga.”
MATIUS 18 : 35
35 Yesus mengakhiri ceritanya dan berkata, “Demikianlah Bapa-Ku yang di syurga akan memperlakukan setiap orang daripada kamu, jika kamu tidak mengampuni saudaramu dengan ikhlas.”
MARKUS 11 : 26
26 [94†] Jika kamu tidak mengampuni orang lain, Bapa kamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan dosa kamu.]” [95]
LUKAS 6 : 37
37 “Janganlah hakimi orang lain, supaya Allah tidak menghakimi kamu juga. Janganlah hukum orang lain, supaya Allah tidak menghukum kamu juga. Ampunilah orang lain, supaya Allah mengampuni kamu juga.
LUKAS 17 : 4
4 Jika dia berdosa terhadap kamu tujuh kali dalam sehari dan tiap-tiap kali dia datang kepada kamu serta berkata, ‘Saya minta ampun,’ kamu harus mengampuninya.”
ROMA 12 : 14
14 [116†] Berdoalah kepada Allah supaya Dia memberkati orang yang menganiaya kamu. Mintalah Allah memberkati mereka, dan janganlah minta Allah mengutuk mereka.
ROMA 12 : 17
17 Jika seseorang berbuat jahat terhadap kamu, janganlah balas dia dengan kejahatan. Berusahalah untuk melakukan apa yang dianggap baik oleh semua orang.
ROMA 12 : 19
19 [119†] Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Allah yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, “Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan.”
ROMA 12 : 21
21 Janganlah biarkan diri kamu dikalahkan oleh kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan.
1 KORINTUS 4 : 13
13 Kami membalas cacian dengan kata-kata manis. Kami dianggap seperti sampah masyarakat; hingga saat ini kami masih dianggap sebagai sampah dunia.
EFESUS 4 : 32
32 [28†] Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.
KOLOSE 3 : 13
13 [19†] Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu. [20†]
FILEMON 1 : 10
10 [3†] Aku mengajukan suatu permintaan bagi pihak Onesimus, yang aku anggap seperti anak sendiri, kerana dia juga percaya kepada Kristus. Semasa di penjara, aku menjadi seperti bapa kepadanya.
FILEMON 1 : 18
18 Jika dia sudah bersalah atau berhutang kepadamu, biarlah aku yang menanggungnya.
Leave a Reply