Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang memaafkan diri kita sendiri
1 YOHANES 1 : 9
9 Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.
EFESUS 4 : 32
32 [28†] Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.
ROMA 8 : 1 – 2
1 Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.
2 Hal itu demikian kerana hukum Roh Allah yang menyebabkan kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, sudah membebaskan aku [58] daripada hukum dosa dan kematian.
EFESUS 4 : 26 – 27
26 [27†] Jika kamu marah, janganlah biarkan kemarahan itu menyebabkan kamu berdosa. Janganlah marah sepanjang hari.
27 Janganlah berikan peluang kepada Iblis.
IBRANI 10 : 17
17 [64†] Dia juga berkata, “Aku akan melupakan segala dosa dan kejahatan mereka.”
FILIPI 4 : 8
8 Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat.
MARKUS 11 : 25
25 Apabila kamu berdiri untuk berdoa, ampunkanlah kesalahan sesiapa pun, supaya Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampunkan dosa kamu. [
Leave a Reply