Apa yang Alkitab katakan tentang memancing

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang memancing

MATIUS 4 : 19
19 Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku. Aku akan mengajar kamu menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku.”

YOHANES 21 : 3
3 [123†] Simon Petrus berkata kepada mereka, “Aku hendak pergi menjala ikan.” Mereka berkata kepadanya “Kami ikut.” Oleh itu mereka menaiki perahu lalu bertolak. Tetapi sepanjang malam itu mereka tidak mendapat seekor ikan pun.

MATIUS 13 : 47
47 “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti pukat yang dilabuhkan ke dalam tasik lalu mendapat bermacam-macam ikan.

MARKUS 1 : 14 – 20
14 Setelah Yohanes dipenjarakan, Yesus pergi ke Galilea dan mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah.
15 [8†] Dia berkata, “Masanya sudah tiba; tidak lama lagi Allah akan memerintah. [9] Bertaubatlah daripada dosa kamu dan percayalah kepada Berita Baik [10] ini!”
16 Sementara Yesus berjalan di tepi Tasik Galilea, Dia nampak dua orang nelayan, Simon dan saudaranya, Andreas. Mereka sedang menjala ikan di tasik.
17 Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku dan Aku akan mengajar kamu menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku.”
18 Mereka segera meninggalkan jala lalu mengikut Yesus.
19 Yesus meneruskan perjalanan-Nya, lalu melihat dua orang adik-beradik yang lain: Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Mereka sedang mengemaskan jala di dalam perahu.
20 Sebaik sahaja Yesus nampak mereka, Dia memanggil mereka. Kedua-dua orang bersaudara itu meninggalkan bapa mereka dengan orang gajinya di dalam perahu, lalu mengikut Yesus.

LUKAS 5 : 4 – 6
4 Setelah selesai mengajar, Dia berkata kepada Simon, “Dayunglah perahu ke tempat yang dalam lalu tebarkanlah jala untuk menangkap ikan.”
5 [50†] “Guru,” jawab Simon, “sepanjang malam kami berjerih tetapi tidak menangkap apa-apa pun! Tetapi kerana guru yang menyuruh, baiklah, saya akan menebarkan jala.”
6 [51†] Mereka menebarkan jala, lalu mendapat sedemikian banyak ikan sehingga jala itu hampir koyak.

AYUB 41 : 7
7 Dapatkah engkau menusuk kulitnya dengan serampang, ataupun menikam kepalanya dengan tempuling?

LUKAS 5 : 6
6 [51†] Mereka menebarkan jala, lalu mendapat sedemikian banyak ikan sehingga jala itu hampir koyak.

YEHEZKIEL 47 : 9 – 10
9 Ke mana sahaja air itu mengalir, di situ juga akan terdapat segala jenis binatang dan ikan. Air itu akan menjadikan air di Laut Mati tawar, dan ke mana sahaja air itu mengalir, di situ akan terdapat kehidupan.
10 Dari Mata Air En-Gedi sampai ke Mata Air En-Eglaim, akan ada banyak nelayan menjemur jala di pantainya. Di dalam air itu akan terdapat segala jenis ikan seperti yang ada di Laut Tengah.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *