Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang mencari harapan
YEREMIA 29 : 11
11 Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan. [73]
YOHANES 14 : 14
14 Apa sahaja yang kamu minta daripada-Ku [100] demi nama-Ku, Aku akan melakukannya.”
FILIPI 4 : 6 – 7
6 Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.
7 Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.
2 TIMOTIUS 1 : 7
7 Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.
KISAH RASUL-RASUL 17 : 11
11 Fikiran orang di situ lebih terbuka daripada fikiran orang di Tesalonika. Mereka suka sekali mendengar perkhabaran tentang Yesus, dan tiap-tiap hari mereka mengkaji Alkitab untuk mengetahui sama ada ajaran Paulus itu benar.
YAKOBUS 1 : 2 – 4
2 Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan,
3 kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan.
4 Pastikan supaya ketabahan kamu untuk menanggung penderitaan itu berterusan, sehingga kamu menjadi benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun.
FILIPI 4 : 6
6 Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.
MALEAKHI 1 : 10
10 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Lebih baik seorang antara kamu menutup pintu Rumah-Ku, kerana sia-sia saja kamu menyalakan api di atas mazbah-Ku. Aku tidak berkenan kepada kamu dan tidak mahu menerima persembahan kamu.
YOHANES 14 : 13
13 Aku akan melakukan apa sahaja yang kamu minta demi nama-Ku, supaya kemuliaan Bapa akan dinyatakan melalui Anak-Nya.
MATIUS 24 : 23 – 27
23 Pada masa itu, jika seseorang berkata kepada kamu, ‘Lihat, Penyelamat yang diutus oleh Allah ada di sini!’ atau ‘Lihat, Dia di situ!’ – janganlah percaya kepada orang itu.
24 Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menipu orang, bahkan umat pilihan Allah pun tertipu.
25 Dengarlah! Aku telah mengatakan semua ini kepada kamu sebelum perkara itu berlaku.
26 Jika orang berkata kepada kamu, ‘Lihat, dia di padang gurun!’ – janganlah kamu ke sana. Atau jika mereka berkata, ‘Lihat, dia di dalam bilik!’ – janganlah percaya.
27 [243†] Sesungguhnya Anak Manusia akan datang seperti kilat yang memancar di seluruh langit, dari timur sampai ke barat.
MAZMUR 119 : 18
18 Bukalah mataku supaya aku dapat melihat ajaran yang mengagumkan dalam Taurat-Mu.
YOSUA 1 : 6
6 [2†] Hendaklah engkau yakin dan berani, kerana engkau akan menjadi pemimpin umat ini apabila mereka menakluki tanah yang Kujanjikan kepada nenek moyang mereka.
YOHANES 1 : 1 – 10
1 Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah.
2 Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah.
3 Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia.
4 Firman itu sumber hidup, [1] dan hidup itu memberikan cahaya kepada manusia.
5 Cahaya ini bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak dapat memadamkannya.
6 [2†] Seorang bernama Yohanes diutus oleh Allah.
7 Yohanes datang untuk memberitahu orang tentang cahaya itu, supaya semua orang mendengar dan percaya kepada perkhabarannya.
8 Dia sendiri bukan cahaya itu; dia datang untuk mengkhabarkan cahaya itu.
9 Inilah cahaya sejati, yang datang ke dunia untuk menerangi umat manusia.
10 Firman itu ada di dunia. Walaupun Allah menjadikan dunia ini melalui Dia, orang di dunia ini tidak mengenal Dia.
ROMA 8 : 28
28 Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia [67] dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.
WAHYU 1 : 3
3 Berbahagialah orang yang membaca kitab ini kepada jemaah. Berbahagialah mereka yang mendengarkan perkhabaran nubuat ini serta taat kepada apa yang tertulis di dalam kitab ini, kerana tidak lama lagi semuanya ini akan berlaku.
Leave a Reply