rasa bersalah

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang rasa bersalah

1 YOHANES 1 : 9
9 Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.

ROMA 8 : 1
1 Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.

ROMA 5 : 1
1 Sekarang kita sudah berbaik semula dengan Allah kerana kita percaya kepada-Nya. Oleh itu kita hidup [44] dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita.

ROMA 3 : 23
23 Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.

YAKOBUS 4 : 7
7 Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu.

LUKAS 15 : 7
7 Ketahuilah bahawa demikian juga di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat, daripada kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang berhormat yang berpendapat mereka tidak perlu bertaubat.”

ROMA 10 : 13
13 [94†] Di dalam Alkitab juga tertulis, “Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.”

YAKOBUS 1 : 14
14 Seseorang tergoda apabila dia dipikat dan diperangkap oleh keinginannya sendiri yang jahat.

1 YOHANES 2 : 1
1 Anak-anakku, aku menulis surat ini kepada kamu, supaya kamu tidak berdosa. Tetapi jika seseorang berdosa, kita mempunyai seorang pembela, iaitu Yesus Kristus yang adil. Dia akan memohon bagi kita di hadapan Bapa.

2 PETRUS 3 : 9
9 Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.

MAZMUR 103 : 11 – 12
11 Tetapi setinggi langit dari bumi, setinggi itu juga kasih-Nya kepada orang yang menghormati-Nya.
12 Sejauh timur dari barat, sejauh itu juga dibuang-Nya dosa kita.

MATIUS 5 : 1 – 48
1 Apabila Yesus melihat orang ramai itu, Dia naik ke bukit lalu duduk. [32] Pengikut-pengikut-Nya berkumpul di sekeliling-Nya,
2 lalu Dia mula mengajar mereka:
3 “Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah! [33]
4 [34†] Berbahagialah orang yang bersedih hati, Allah akan menghiburkan mereka!
5 [35†] Berbahagialah orang yang rendah hati, mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah!
6 [36†] Berbahagialah orang yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah, [37] Allah akan memuaskan mereka!
7 Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain, Allah juga akan mengasihani mereka!
8 [38†] Berbahagialah orang yang murni hati, mereka akan mengenal Allah!
9 Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya!
10 [39†] Berbahagialah orang yang menderita penganiayaan kerana melakukan kehendak Allah, [40] merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!
11 [41†] Berbahagialah kamu apabila orang menghina, menganiaya, dan memfitnah kamu kerana kamu pengikut-Ku.
12 [42†] Nabi-nabi zaman dahulu juga dianiaya seperti itu. Bersukacitalah dan bergembiralah, kerana Allah sudah menyediakan pahala yang besar di syurga untuk kamu.”
13 [43†] “Kamu bagaikan garam dunia. Jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Garam seperti itu tidak berguna lagi, selain dibuang dan dipijak-pijak orang.
14 [44†] Kamu bagaikan cahaya bagi dunia. Kota yang terletak di atas bukit tidak dapat disembunyikan.
15 [45†] Tidak seorang pun memasang pelita lalu menaruhnya di bawah pasu, tetapi dia akan meletakkannya di atas kaki pelita supaya memberikan cahaya kepada setiap orang di dalam rumah.
16 [46†] Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga.”
17 “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.
18 [47†] Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekalipun di dalam Taurat, tidak akan dihapuskan jika semuanya belum berlaku. [48]
19 Oleh itu, sesiapa melanggar hukum yang paling tidak penting sekalipun, serta mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu akan menjadi yang paling tidak penting antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah. Sebaliknya, sesiapa mentaati Taurat dan mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu akan menjadi penting antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah.
20 Oleh itu ingatlah bahawa kamu dapat menikmati Pemerintahan Allah, hanya jika kamu lebih setia daripada guru Taurat dan orang Farisi dalam usaha kamu melakukan kehendak Allah.”
21 [49†] “Kamu sudah mendengar yang diajarkan kepada nenek moyang kita: ‘Jangan membunuh; sesiapa yang membunuh orang akan diadili.’
22 Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa yang marah [50] terhadap saudaranya akan diadili; dan sesiapa yang memaki saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama, dan sesiapa yang memanggil saudaranya ‘Jahil’, patut dibuang ke dalam api neraka.
23 Oleh itu, apabila kamu hendak mempersembahkan pemberian di atas mazbah kepada Allah, lalu teringat bahawa saudaramu sakit hati terhadap kamu,
24 tinggalkanlah pemberianmu di hadapan mazbah. Pergilah berdamai dahulu dengan dia, barulah kembali lalu persembahkan pemberian kamu itu kepada Allah.
25 Jika seseorang hendak mendakwa kamu di mahkamah, berdamailah dengan dia selagi ada masa dan sebelum tiba di mahkamah. Jika tidak, orang itu akan menyerahkan kamu kepada hakim, lalu hakim akan menyerahkan kamu kepada polis, kemudian polis akan memenjarakan kamu.
26 Ketahuilah, kamu akan tinggal di penjara sehingga kamu melunaskan semua dendamu.”
27 [51†] “Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Jangan berzina.’
28 Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa memandang seorang wanita dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan dia di dalam hati.
29 [52†] Jika mata kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buanglah mata itu! Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh daripada seluruh tubuh kamu dibuang ke dalam neraka.
30 [53†] Jika tangan kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, potonglah dan buanglah tangan itu! Lebih baik kamu kehilangan sebelah tangan daripada seluruh tubuh kamu masuk ke dalam neraka.”
31 [54†] “Ada juga ajaran yang mengatakan, ‘Sesiapa menceraikan isterinya, hendaklah orang itu memberikan surat cerai kepadanya.’
32 [55†] Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa menceraikan isterinya kecuali kerana perzinaan, orang itu membuat isterinya berzina jika wanita ini berkahwin lagi. Orang yang mengahwini wanita yang diceraikan itu, berzina juga.”
33 [56†] “Kamu sudah mendengar bagaimana nenek moyang kita diajar seperti berikut: ‘Jangan mungkir janji. Lakukanlah apa yang sudah kamu janjikan dengan sumpah di hadapan Tuhan.’
34 [57†] Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Jangan bersumpah sama sekali. Jangan bersumpah demi langit, kerana langit itu takhta Allah,
35 [58†] atau demi bumi, kerana bumi itu alas kaki-Nya; atau demi Yerusalem, kerana kota itu kota Allah, Raja yang besar.
36 Jangan bersumpah bahkan demi kepala kamu, kerana kamu tidak berkuasa membuat sehelai rambut menjadi putih ataupun hitam.
37 Cukuplah kamu berkata ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kata-kata yang lebih daripada itu datangnya daripada Iblis.”
38 [59†] “Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Mata ganti mata; gigi ganti gigi.’
39 Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Jangan balas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepada kamu. Sebaliknya jika seseorang menampar pipi kananmu untuk menghina kamu, biarkanlah dia menampar pipi kirimu juga.
40 Jika seseorang mendakwa kamu di mahkamah untuk menuntut bajumu, berikanlah jubahmu juga.
41 Jika seorang askar penjajah memaksa kamu mengangkat barangnya sejauh satu kilometer, angkatlah barangnya sejauh dua kilometer.
42 Jika seseorang meminta sesuatu daripada kamu, berikanlah apa yang dimintanya. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripada kamu, pinjamkan apa yang dikehendakinya.”
43 [60†] “Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Kasihilah sahabatmu, dan bencilah musuhmu.’
44 Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.
45 Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapa kamu yang di syurga, kerana Allah menerbitkan matahari yang dijadikan-Nya untuk orang yang baik dan yang jahat. Dia menurunkan hujan untuk orang yang mentaati Allah dan juga untuk orang yang tidak mentaati-Nya.
46 Patutkah kamu menerima pahala daripada Allah, jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu? Bukankah para pemungut cukai pun berbuat demikian?
47 Jika kamu hanya beramah-ramahan dengan kawan-kawan kamu, apakah kelebihannya? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian!
48 [61†] Kamu harus mengasihi semua orang, seperti Bapa kamu yang di syurga mengasihi semua orang.”

KISAH RASUL-RASUL 2 : 38
38 Petrus menjawab, “Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu dibaptis demi nama Yesus Kristus, supaya dosa saudara-saudara diampunkan lalu saudara semua akan menerima pemberian Allah, iaitu Roh Allah.

ROMA 12 : 19
19 [119†] Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Allah yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, “Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan.”

ULANGAN 28 : 1 – 68
1 “Jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu, dan setia melakukan segala perintah-Nya yang aku berikan kepada kamu hari ini, maka Dia akan menjadikan kamu bangsa yang paling masyhur di dunia.
2 Taatilah TUHAN, Allah kamu, maka segala berkat ini akan diberikan kepada kamu:
3 Diberkatilah kota dan ladang kamu.
4 Diberkatilah kamu sehingga anak kamu banyak, hasil tanaman kamu berlimpah-limpah, dan lembu serta domba kamu banyak.
5 Diberkatilah tuaian gandum kamu, dan makanan yang kamu buat daripadanya.
6 Diberkatilah segala usaha kamu.
7 TUHAN akan mengalahkan musuh apabila mereka menyerang kamu. Mereka akan melancarkan serangan dengan teratur, tetapi kemudian lari bertempiaran.
8 TUHAN, Allah kamu akan memberkati usaha kamu dan memenuhi gudang-gudang kamu dengan gandum. Dia akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu.
9 Jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu dan melakukan segala perintah-Nya, Dia akan menjadikan kamu umat-Nya sendiri seperti yang sudah dijanjikan-Nya.
10 Kemudian semua bangsa di dunia akan tahu bahawa TUHAN sudah memilih kamu menjadi umat-Nya sendiri, dan mereka akan takut terhadap kamu.
11 TUHAN akan mengurniai kamu anak yang banyak. Ternakan kamu akan banyak, dan hasil tanaman kamu berlimpah-ruah di tanah yang telah dijanjikan TUHAN kepada nenek moyang kamu untuk diberikan kepada kamu.
12 TUHAN akan menurunkan hujan pada musimnya dari tempat-tempat penyimpanan hujan di langit; Dia akan memberkati segala usaha kamu supaya kamu dapat memberi pinjaman kepada banyak bangsa, tetapi kamu sendiri tidak usah meminjam apa-apa daripada sesiapa pun.
13 TUHAN, Allah kamu akan menjadikan kamu pemimpin antara bangsa-bangsa dan bukan pengikut. Kamu akan sentiasa berjaya dan tidak pernah gagal, jika kamu taat dengan setia kepada segala perintah TUHAN yang aku berikan kepada kamu hari ini.
14 [177†] Tetapi jangan sekali-kali langgar perintah itu dengan apa cara pun, dan jangan sembah tuhan-tuhan lain.”
15 “Tetapi jika kamu tidak taat kepada TUHAN, Allah kamu dan tidak setia melakukan segala perintah dan hukum-Nya yang aku berikan kepada kamu hari ini, maka semua kutuk ini akan menimpa kamu:
16 Terkutuklah kota dan ladang kamu.
17 Terkutuklah tuaian gandum kamu, dan makanan yang kamu buat daripada gandum itu.
18 Terkutuklah kamu sehingga anak kamu sedikit sahaja, hasil tanaman kamu sedikit, dan lembu serta domba kamu tidak banyak.
19 Terkutuklah segala usaha kamu.
20 Jika kamu berbuat jahat dan menolak TUHAN, Dia akan mendatangkan bencana, kekacauan, dan kesusahan dalam segala usaha kamu, sehingga dalam waktu yang singkat sahaja, kamu akan binasa sama sekali.
21 Dia akan mendatangkan penyakit demi penyakit kepada kamu, sehingga tidak seorang pun di kalangan kamu tinggal di tanah yang akan kamu duduki itu.
22 TUHAN akan menghukum kamu dengan penyakit-penyakit yang berjangkit, bengkak-bengkak, dan demam. TUHAN akan mendatangkan kemarau dan angin panas sehingga tuaian kamu rosak. Bencana-bencana itu akan terus menimpa kamu sehingga kamu mati.
23 Hujan tidak akan turun dan tanah kamu akan menjadi keras seperti besi.
24 TUHAN tidak akan menurunkan hujan, melainkan ribut debu dan ribut pasir sehingga kamu habis binasa.
25 TUHAN akan membiarkan kamu dikalahkan oleh musuh. Kamu akan melancarkan serangan terhadap musuh dengan teratur, tetapi kemudian lari bertempiaran. Semua bangsa di dunia akan ngeri melihat kejadian yang menimpa kamu.
26 Apabila kamu mati, burung dan binatang liar akan datang lalu makan mayat kamu. Tiada seorang pun akan mengusir burung dan binatang itu.
27 TUHAN akan mendatangkan bisul pada tubuh kamu seperti yang dilakukan-Nya kepada orang Mesir dahulu. Kulit kamu akan diliputi kudis dan keruping yang gatal, tetapi tidak ada ubatnya.
28 TUHAN akan menyebabkan kamu hilang akal, dan menjadikan kamu buta, serta bingung.
29 Pada siang hari, kamu akan meraba-raba seperti orang buta, dan kamu tidak dapat mencari jalan. Apa pun yang kamu buat, kamu tidak akan berjaya. Kamu akan sentiasa ditindas dan dirompak, dan tiada seorang pun akan menolong kamu.
30 Kamu akan bertunang dengan seorang gadis, tetapi orang lain akan berkahwin dengannya. Kamu akan membina rumah, tetapi kamu tidak akan mendiaminya. Kamu akan menanam pokok anggur, tetapi kamu tidak akan makan buahnya.
31 Lembu kamu akan disembelih di depan mata kamu, tetapi kamu tidak akan makan sedikit pun dagingnya. Keldai kamu akan diseret sementara kamu memandangnya, dan keldai itu tidak akan dikembalikan kepada kamu. Domba kamu akan diberikan kepada musuh, dan tidak seorang pun dapat menolong kamu.
32 Di depan mata kamu, anak-anak kamu, baik lelaki mahupun perempuan, akan diberikan sebagai hamba kepada orang bangsa asing. Tiap-tiap hari, mata kamu pedih mencari anak-anak kamu, tetapi usaha kamu itu sia-sia, kerana mereka tidak akan kembali.
33 Bangsa asing akan merampas segala hasil tanaman yang sudah kamu usahakan dengan susah payah. Kamu sendiri tidak akan menerima suatu apa pun, melainkan penindasan yang terus-menerus dan kekejaman.
34 Penderitaan akan menyebabkan kamu hilang akal.
35 TUHAN akan meliputi kaki kamu dengan kudis yang menyakitkan, dan tidak dapat sembuh. Bisul akan meliputi kamu dari hujung kaki sampai ke hujung rambut.
36 TUHAN akan membuang kamu dan raja kamu ke negeri asing, tempat yang tidak pernah menjadi kediaman kamu ataupun nenek moyang kamu. Di sana kamu akan mengabdi kepada tuhan-tuhan yang dibuat daripada kayu dan batu.
37 Di negeri-negeri tempat TUHAN mencerai-beraikan kamu, orang akan terkejut melihat perkara yang terjadi kepada kamu. Mereka akan mengolok-olok dan mempermalukan kamu.
38 Kamu akan menanam banyak benih, tetapi menuai sedikit sahaja kerana belalang akan makan hasil tanaman kamu.
39 Kamu akan menanam anggur dan memelihara ladang anggur itu, tetapi kamu tidak akan memetik buah anggur ataupun meminum wain, kerana ulat akan makan pokok-pokok anggur.
40 Pokok-pokok zaitun akan tumbuh di seluruh negeri kamu, tetapi kamu tidak akan mendapat minyaknya kerana buahnya akan gugur.
41 Kamu akan mempunyai anak lelaki dan perempuan, tetapi kamu akan kehilangan mereka kerana mereka dibawa pergi sebagai tawanan perang.
42 Semua pokok dan tanaman kamu akan dimakan serangga.
43 Orang bangsa asing yang tinggal di negeri kamu akan semakin berkuasa, sedangkan kamu semakin kehilangan kuasa.
44 Mereka akan mempunyai wang untuk dipinjamkan kepada kamu, sedangkan kamu tidak mempunyai apa-apa untuk dipinjamkan kepada mereka. Akhirnya, mereka akan memerintah kamu.
45 Segala malapetaka itu akan menimpa kamu sehingga kamu binasa, kerana kamu tidak taat kepada TUHAN, Allah kamu dan tidak mematuhi semua hukum yang diberikan-Nya kepada kamu.
46 Bencana-bencana itu akan menjadi bukti hukuman TUHAN atas kamu dan keturunan kamu selama-lamanya.
47 TUHAN, Allah kamu sudah memberkati kamu dalam segala hal, tetapi kamu tidak mengabdi kepada-Nya dengan hati yang suka dan gembira.
48 Oleh itu kamu akan mengabdi kepada musuh yang akan dikirim oleh TUHAN untuk melawan kamu. Kamu akan lapar, dahaga, dan bertelanjang; kamu kekurangan segala-galanya. TUHAN [178] akan menindas kamu dengan kejam sehingga kamu binasa.
49 TUHAN akan mendatangkan suatu bangsa dari hujung bumi untuk melawan kamu, bangsa yang bahasanya tidak kamu fahami. Seperti burung helang, mereka akan menyambar kamu.
50 Mereka kejam dan tidak menaruh belas kasihan terhadap sesiapa pun, baik orang tua mahupun anak-anak.
51 Mereka akan mengambil ternakan dan hasil tanaman kamu, tetapi kamu akan mati kelaparan. Mereka tidak akan meninggalkan gandum, wain, minyak zaitun, lembu, ataupun domba bagi kamu, dan kamu akan mati.
52 Mereka akan menyerang tiap-tiap kota di tanah yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu, dan tembok-tembok tinggi serta kukuh yang kamu harap-harapkan itu akan roboh.
53 Apabila musuh mengepung kota kamu, kamu akan putus asa kerana kelaparan sehingga kamu makan anak-anak yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu.
54 [54-55] Bahkan seorang lelaki bangsawan yang paling luhur budinya, akan menjadi begitu terdesak apabila kotanya dikepung, sehingga dia makan anak-anaknya sendiri kerana tidak ada lagi makanan lain. Dia tidak mahu membahagikannya dengan saudaranya sekalipun, atau isteri yang dikasihinya, atau dengan anak-anaknya yang masih hidup.
55
56 [56-57] [179†] Bahkan seorang wanita bangsawan yang paling luhur budinya, dan yang sangat kaya sehingga belum pernah berjalan kaki ke mana-mana tempat, akan berlaku demikian juga. Apabila musuh mengepung kotanya, dia akan menjadi begitu terdesak kerana kelaparan, sehingga dengan sembunyi-sembunyi dia akan makan bayi yang baru dilahirkannya, dan juga uri bayi itu. Dia tidak mahu membahagikannya dengan suami yang dikasihinya, atau dengan anak-anaknya yang masih hidup.
57
58 Jika kamu tidak setia mentaati segala hukum Allah yang tertulis di dalam kitab ini, dan tidak menghormati TUHAN, Allah kamu yang agung dan menakjubkan,
59 Dia akan mendatangkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan wabak yang tidak dapat dihentikan, kepada kamu dan keturunan kamu.
60 Dia akan menimpa kamu dengan semua penyakit dahsyat yang kamu takuti di Mesir dahulu. Kamu tidak akan sembuh daripada penyakit itu.
61 TUHAN akan mendatangkan segala macam penyakit dan wabak yang tidak disebut di dalam kitab ini, yang mengandungi hukum dan ajaran Allah. Kemudian kamu akan dibinasakan.
62 Meskipun kamu menjadi sebanyak bintang di langit, tetapi hanya sedikit sahaja orang di kalangan kamu akan terselamat, kerana kamu tidak taat kepada TUHAN, Allah kamu.
63 Sebagaimana TUHAN suka menjadikan kamu makmur dan menambahkan bilangan kamu, demikian juga Dia suka membinasakan dan memusnahkan kamu. Kamu akan dicabut dari tanah yang tidak lama lagi kamu duduki.
64 TUHAN akan mencerai-beraikan kamu di kalangan bangsa-bangsa di seluruh muka bumi. Di sana kamu akan mengabdi kepada tuhan-tuhan yang dibuat daripada kayu dan batu, tuhan-tuhan yang tidak pernah kamu sembah atau disembah nenek moyang kamu.
65 Di kalangan bangsa-bangsa itu, kamu tidak akan mendapat ketenteraman dan tidak ada tempat yang dapat kamu sebut milik kamu; TUHAN akan menyebabkan kamu sangat gelisah, putus asa, dan cemas.
66 Hidup kamu akan selalu terancam bahaya. Siang malam kamu akan dipenuhi kengerian, dan kamu sentiasa takut akan kematian.
67 Apa sahaja yang kamu lihat akan menyebabkan hati kamu berdebar-debar kerana takut. Setiap pagi kamu akan mengharapkan malam, dan setiap malam kamu akan mengharapkan pagi.
68 TUHAN akan mengirim kamu kembali ke Mesir dengan kapal, meskipun Dia [180] sudah berfirman bahawa kamu tidak akan ke sana lagi. Di sana kamu akan cuba menjual diri sebagai hamba kepada musuh, tetapi tidak seorang pun yang mahu membeli kamu.”

YUNUS 2 : 2
2 “Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu, dan Engkau menjawab aku. Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan, permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *