Apa yang Alkitab katakan tentang takut kepada Tuhan

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang takut kepada Tuhan

AMSAL 8 : 13
13 Menghormati TUHAN bererti membenci kejahatan; aku membenci kesombongan dan keangkuhan, tingkah laku jahat dan dusta.

AMSAL 1 : 7
7 [2†] Untuk memperoleh pengetahuan, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada TUHAN. [3] Orang bodoh tidak tahu menghargai hikmat dan tidak mahu belajar.

MATIUS 10 : 28
28 Janganlah takut akan mereka yang membunuh badan, tetapi tidak berkuasa membinasakan roh. Tetapi takutlah akan Allah yang berkuasa membinasakan baik badan mahupun roh di dalam neraka.

PENGKHUTBAH 12 : 13
13 Inilah kesimpulan daripada semuanya: Hormatilah Allah, dan taatilah segala perintah-Nya, kerana bagi maksud itulah manusia diciptakan.

MAZMUR 33 : 8
8 Takutlah akan TUHAN, hai seluruh bumi! Hormatilah Dia, hai semua penduduk dunia!

AMSAL 14 : 26
26 Hormat dan takut kepada TUHAN memberi seseorang serta keluarganya keyakinan dan keselamatan.

AYUB 28 : 28
28 [60†] Allah berfirman kepada manusia, “Untuk mendapat hikmat, kamu mesti takut dan hormat kepada Tuhan. Untuk mendapat pengertian, kamu mesti meninggalkan kejahatan.”

AMSAL 14 : 27
27 Jika hendak menjauhkan diri daripada maut, hormatlah dan takutlah kepada TUHAN kerana Dia sumber kehidupan.

MAZMUR 25 : 14
14 TUHAN ialah sahabat orang yang mentaati-Nya, dan Dia menyatakan perjanjian-Nya kepada mereka.

LUKAS 1 : 50
50 Dia merahmati orang yang menghormati-Nya, keturunan demi keturunan.

AMSAL 3 : 7
7 [6†] Jangan anggap dirimu lebih bijaksana daripada yang sebenarnya. Taatlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatan.

1 YOHANES 4 : 18
18 Orang yang menikmati kasih Allah tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut. Oleh itu, orang yang belum menikmati kasih Allah dengan sempurna, akan takut menghadapi hukuman pada Hari Kiamat.

ULANGAN 10 : 12
12 “Sekarang, hai umat Israel, dengarlah tuntutan TUHAN, Allah kamu daripada kamu: Hormatilah TUHAN dan laksanakanlah segala perintah-Nya. Kasihilah Dia dan mengabdilah kepada-Nya dengan segenap hati;

MAZMUR 111 : 10
10 [253†] Cara menjadi bijak adalah dengan menghormati TUHAN; [254] Dia memberikan pengertian kepada semua orang yang mentaati perintah-Nya. Hendaklah TUHAN dipuji selama-lamanya!

MAZMUR 86 : 11
11 Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, dan aku akan menurutnya dengan setia; ajarlah aku menghormati Engkau dengan sungguh-sungguh.

YESAYA 41 : 10
10 Jangan takut kerana Aku menyertai kamu. Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu. Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.

MAZMUR 19 : 9
9 Hukum TUHAN itu benar, menggembirakan hati. Perintah TUHAN itu adil, memberi orang pengertian.

IBRANI 10 : 26 – 31
26 Tidak ada lagi korban yang dapat menghapuskan dosa, jika kita dengan sengaja terus berdosa, setelah ajaran benar tentang Berita Baik [66] sudah disampaikan kepada kita.
27 [67†] Satu-satunya yang masih tinggal bagi kita adalah dengan takut menantikan pengadilan Allah dan api dahsyat yang akan membinasakan orang yang melawan Allah.
28 [68†] Seseorang yang tidak mentaati Taurat Musa dihukum mati tanpa kasihan, jika dengan kesaksian dua atau tiga orang saksi, dia terbukti bersalah.
29 [69†] Lebih berat lagi hukuman yang harus dijatuhkan kepada seseorang yang menginjak-injak Anak Allah, yang menganggap hina darah perjanjian Allah yang sudah menyucikan dia daripada dosa, dan yang menista Roh Allah yang mengasihinya!
30 [70†] Hal itu demikian kerana kita mengenal Dia yang berfirman, “Aku akan membalas dendam! Aku akan menghukum!” Dia juga berfirman, “Tuhan akan menghakimi umat-Nya.”
31 Alangkah ngerinya jika jatuh ke tangan Allah yang hidup!

KISAH RASUL-RASUL 10 : 35
35 Sesiapa yang menghormati Allah dan berbuat apa yang benar, diterima oleh Allah, walau apa pun bangsanya.

FILIPI 2 : 12 – 13
12 Oleh itu, saudara-saudaraku yang tercinta, sebagaimana kamu sentiasa taat kepadaku ketika aku bersama-sama kamu, lebih mustahak lagi kamu taat kepadaku sekarang ini ketika kita berjauhan. Allah sudah menyelamatkan kamu, oleh itu kamu harus terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah,
13 kerana Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *