Apa yang Alkitab katakan tentang akan

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang akan

KEJADIAN 4 : 10
10 [36†] Kemudian TUHAN berfirman, “Mengapa engkau melakukan perbuatan yang dahsyat itu? Darah adikmu berseru kepada-Ku dari tanah, seperti suara yang berseru meminta pembalasan.

ULANGAN 5 : 29
29 Alangkah baiknya jika mereka sentiasa berperasaan demikian. Alangkah baiknya jika mereka sentiasa takut akan Aku dan taat kepada segala perintah-Ku, supaya mereka dan keturunan mereka sejahtera selama-lamanya.

1 RAJA-RAJA 20 : 42
42 Lalu nabi itu berkata kepada raja, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Oleh sebab orang yang Aku perintahkan supaya dibunuh itu telah engkau biarkan lari, sekarang engkau mesti membayarnya dengan nyawamu sendiri, dan tenteramu akan musnah kerana engkau membiarkan tentera musuh melarikan diri.’ ”

YESAYA 1 : 20
20 Tetapi jika kamu melawan Aku, kamu pasti mati. Aku, TUHAN telah berfirman.”

YESAYA 43 : 26
26 Marilah kita pergi ke mahkamah; ajukanlah tuduhan-tuduhan kamu! Adukan perkara kamu dan buktikan bahawa kamu tidak bersalah!

YEREMIA 36 : 3
3 Apabila penduduk Yehuda mendengar tentang segala bencana yang hendak Kudatangkan kepada mereka, mungkin mereka akan berhenti berbuat jahat. Jika demikian, Aku pun akan mengampunkan kejahatan dan dosa mereka.”

YEREMIA 36 : 7
7 Mungkin mereka akan berdoa kepada TUHAN dan berpaling daripada kejahatan mereka, kerana TUHAN telah mengancam mereka dengan kemurkaan dan berang-Nya.”

MATIUS 12 : 50
50 Sesiapa melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, orang itu saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku.”

MARKUS 3 : 35
35 Sesiapa melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku.”

MATIUS 26 : 39
39 Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.”

MARKUS 14 : 36
36 Dia berdoa, “Bapa, ya Bapa-Ku! Tidak ada satu perkara yang mustahil bagi Bapa. Jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.”

LUKAS 22 : 42
42 Dia berlutut dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.”

MATIUS 26 : 42
42 Sekali lagi Yesus pergi dan berdoa, “Ya Bapa, jika cawan penderitaan ini tidak dapat dijauhkan daripada-Ku, tetapi harus Aku minum, biarlah kehendak Bapa berlaku.”

LUKAS 11 : 2
2 Yesus berkata kepada mereka, “Berdoalah demikian, ‘Ya Bapa, Engkaulah Allah yang Esa. Semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi.

MATIUS 6 : 10
10 Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati.

YOHANES 4 : 34
34 Yesus berkata, “Makanan-Ku itu melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku, dan menyelesaikan pekerjaan yang diserahkan-Nya kepada-Ku.

YOHANES 5 : 30
30 “Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Ku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu keputusan-Ku adil, kerana Aku tidak mengikut kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku.

YOHANES 6 : 40
40 Memang inilah kehendak Bapa-Ku: Semua orang yang melihat Anak lalu percaya kepada-Nya akan beroleh hidup sejati dan kekal, dan Aku akan membangkitkan mereka pada Hari Kiamat.”

KISAH RASUL-RASUL 18 : 21
21 Pada waktu berangkat, Paulus berkata kepada mereka, “Jika diperkenankan oleh Allah, aku akan kembali.” Setelah itu dia belayar dari Efesus.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *