Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang perempuan
KEJADIAN 1 : 27
27 [8†] Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.
KEJADIAN 2 : 22
22 Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan, lalu membawanya kepada lelaki itu.
KEJADIAN 2 : 23
23 Kemudian lelaki itu berkata, “Inilah dia, orang yang sama dengan aku — tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Aku namakan dia perempuan, kerana dia diambil daripada lelaki.” [18]
KEJADIAN 3 : 16
16 TUHAN Allah berfirman kepada perempuan itu, “Aku akan menambah kesusahanmu semasa engkau hamil, dan juga kesakitanmu pada masa engkau bersalin. Walaupun demikian, engkau akan tetap berahi kepada suamimu, namun engkau akan tunduk kepadanya.”
2 KORINTUS 11 : 3
3 [39†] Aku khuatir fikiran kamu akan dirosakkan sehingga kamu tidak lagi setia kepada Kristus. Hal itu berlaku kepada Hawa yang ditipu oleh kelicikan ular.
1 TIMOTIUS 2 : 14
14 [8†] Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah.
KEJADIAN 3 : 15
15 [24†] Engkau dan perempuan itu akan saling membenci; keturunannya dan keturunanmu akan sentiasa bermusuhan. Keturunannya akan meremukkan kepalamu dan engkau akan mematuk tumit mereka.” [25]
KEJADIAN 24 : 67
67 Ishak membawa Ribka masuk ke dalam khemah mendiang Sara, ibunya, lalu dia memperisteri Ribka. Ishak mencintai Ribka; maka terhiburlah hati Ishak yang sedih kerana kehilangan ibunya.
KEJADIAN 31 : 33
33 Laban pergi ke khemah Yakub dan menggeledahnya; sesudah itu dia ke khemah Lea dan ke khemah kedua-dua orang hamba perempuan itu, tetapi patung itu tidak didapatinya. Akhirnya, Laban masuk ke dalam khemah Rahel.
ESTER 2 : 9
9 Hegai kagum melihat Ester dan suka kepadanya. Dengan segera Hegai memberi Ester perawatan kecantikan serta makanan yang khas. Dia memberi Ester bilik yang terbaik di dalam istana wanita itu. Hegai juga menyuruh tujuh orang gadis yang dipilih khas dari istana raja untuk melayani Ester.
ESTER 2 : 11
11 Tiap-tiap hari Mordekhai berjalan-jalan di halaman bahagian depan istana wanita itu untuk mengetahui bagaimana keadaan Ester, dan apa yang akan berlaku kepadanya.
BILANGAN 30 : 16
16 Itulah peraturan-peraturan yang diberikan oleh TUHAN kepada Musa tentang nazar yang dibuat oleh seorang perempuan yang sudah berkahwin atau oleh gadis yang masih tinggal dengan bapanya.
BILANGAN 5 : 31
31 Suami itu tidak bersalah; jika isteri itu bersalah, dia mesti menanggung akibatnya.
KELUARAN 15 : 21
21 Miryam bernyanyi untuk mereka, “Bernyanyilah untuk TUHAN kerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang; Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut.”
KELUARAN 38 : 8
8 Bezaleel membuat sebuah besen dan alasnya daripada cermin-cermin gangsa yang diberikan oleh kaum wanita yang bertugas di pintu masuk Khemah TUHAN.
1 SAMUEL 2 : 22
22 Eli sudah sangat tua. Dia selalu mendengar aduan tentang perbuatan anak-anaknya terhadap umat Israel. Eli tahu juga bahawa anak-anaknya itu meniduri perempuan-perempuan yang bertugas di pintu Khemah TUHAN.
1 TAWARIKH 25 : 6
6 Semua anak lelaki Heman itu memainkan simbal, kecapi, dan gambus di bawah pimpinan bapa mereka untuk mengiringi upacara ibadat di dalam Rumah TUHAN. Asaf, Yedutun, dan Heman mendapat tugas menurut petunjuk daripada raja.
Leave a Reply