Apa yang Alkitab katakan tentang Muka

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Muka

YESAYA 3 : 9
9 Air muka mereka menyatakan kejahatan mereka. Mereka berdosa dengan terang-terang seperti penduduk Sodom dahulu. Alangkah malangnya mereka! Mereka mendatangkan bencana itu kepada diri mereka sendiri.

KELUARAN 34 : 35
35 [180†] dan mereka nampak mukanya bercahaya. Kemudian Musa menutup mukanya semula sehingga sampai masanya dia bercakap lagi dengan TUHAN.

MATIUS 17 : 2
2 Sewaktu mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. Muka-Nya menjadi terang seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan.

LUKAS 9 : 29
29 Sedang Yesus berdoa, wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilauan.

YESAYA 6 : 2
2 Makhluk-makhluk yang bernyala seperti api berdiri di sekeliling-Nya: setiap makhluk mempunyai enam sayap. Tiap-tiap makhluk itu menggunakan dua sayap untuk menutup muka, dua sayap lagi untuk menutup tubuh, dan dua lagi untuk terbang.

MATIUS 6 : 16
16 “Apabila kamu berpuasa, jangan bermuka muram seperti orang munafik. Mereka kelihatan menderita, sehingga semua orang tahu bahawa mereka berpuasa. Ketahuilah, mereka sudah menerima ganjaran.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *