Apa yang Alkitab katakan tentang Pakaian

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Pakaian

YESAYA 61 : 10
10 [212†] Yerusalem bersukacita kerana hal yang telah dilakukan TUHAN. Keadaan Yerusalem seperti seorang pengantin yang memakai perhiasan serba indah. Begitulah Allah mengenakan keselamatan dan kemenangan pada Yerusalem.

MATIUS 22 : 11
11 Raja itu masuk untuk melihat para tetamunya, dan raja nampak seorang yang tidak memakai pakaian pesta.

2 KORINTUS 5 : 3
3 Kita ingin dipakaikan tubuh yang baru itu, supaya kita tidak telanjang.

WAHYU 3 : 18
18 Oleh itu Aku menasihati kamu: Belilah emas daripada Aku, belilah emas tulen supaya kamu menjadi kaya. Belilah pakaian putih juga supaya kamu berpakaian dan menutupi keadaan kamu yang telanjang serta memalukan itu. Belilah ubat juga untuk mata kamu supaya boleh melihat.

WAHYU 7 : 14
14 [52†] “Saya tidak tahu, tetapi tuan tahu,” jawabku. Dia berkata kepadaku, “Merekalah orang yang berjaya melalui masa penganiayaan yang dahsyat itu. Mereka telah membasuh dan menjadikan jubah mereka putih dengan darah Anak Domba itu.

WAHYU 16 : 15
15 [116†] “Dengarlah! Aku datang seperti pencuri! Berbahagialah orang yang berjaga-jaga dan siap berpakaian, sehingga mereka tidak berjalan dalam keadaan telanjang dan dipermalukan di hadapan umum!”

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *