Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Persaudaraan
KEJADIAN 13 : 8
8 Kemudian Abram berkata kepada Lot, “Kita ini bersaudara; orangmu dan orangku tidak sepatutnya bertengkar.
ULANGAN 15 : 15
15 Ingatlah bahawa dahulu kamu dijadikan hamba di Mesir, dan TUHAN, Allah kamu telah membebaskan kamu. Itulah sebabnya aku memberikan perintah ini kepada kamu.
MAZMUR 22 : 22
22 Aku tidak berdaya, [40] lepaskanlah aku dari tanduk kerbau dan dari mulut singa.
MAZMUR 133 : 3
3 Hal itu seperti embun di atas Gunung Hermon, yang turun ke bukit-bukit Sion. Di sanalah, di Sion, TUHAN menurunkan berkat-Nya, iaitu kehidupan yang tidak berkesudahan.
ZAKHARIA 11 : 14
14 Selepas itu aku mematahkan kayu kedua, yang dinamakan “Perpaduan”, maka putuslah perhubungan antara Yehuda dan Israel.
MALEAKHI 2 : 10
10 Bukankah kita semua mempunyai bapa yang sama? Bukankah kita semua diciptakan oleh Allah yang sama? Tetapi mengapakah kita saling memungkiri janji? Mengapakah kita menghina perjanjian yang dibuat Allah dengan nenek moyang kita?
MATIUS 5 : 24
24 tinggalkanlah pemberianmu di hadapan mazbah. Pergilah berdamai dahulu dengan dia, barulah kembali lalu persembahkan pemberian kamu itu kepada Allah.
MATIUS 18 : 18
18 [190†] “Ketahuilah, apa yang kamu larang di dunia, akan dilarang juga di syurga. Apa yang kamu izinkan di dunia, akan diizinkan juga di syurga.
MATIUS 18 : 22
22 [191†] Yesus menjawab, “Bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh kali tujuh kali! [192] [193†]
MATIUS 18 : 35
35 Yesus mengakhiri ceritanya dan berkata, “Demikianlah Bapa-Ku yang di syurga akan memperlakukan setiap orang daripada kamu, jika kamu tidak mengampuni saudaramu dengan ikhlas.”
MATIUS 23 : 8
8 Janganlah minta orang menyebut kamu ‘Guru’, kerana kamu semua bersaudara dan Guru kamu hanya satu.
MATIUS 25 : 40
40 Raja itu akan menjawab, ‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!’
YOHANES 13 : 34
34 [95†] Sekarang Aku memberikan perintah baru kepada kamu: Hendaklah kamu saling mengasihi. Sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu, hendaklah kamu saling mengasihi.
YOHANES 15 : 12
12 [102†] Inilah perintah-Ku: Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu.
YOHANES 20 : 17
17 Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Jangan pegang Aku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikut-Ku dan beritahu mereka bahawa sekarang Aku sedang kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu.”
ROMA 12 : 10
10 Kamu harus saling mengasihi dengan mesra sebagai saudara dalam keluarga Kristus. Hendaklah kamu saling mendahului untuk memberikan hormat.
1 KORINTUS 6 : 8
8 Tetapi kamu sendiri yang memperlakukan orang lain dengan tidak adil, dan kamu sendiri yang merugikan orang lain. Bahkan kamu melakukannya terhadap saudara seiman!
1 KORINTUS 8 : 13
13 Oleh itu, jika makanan menyebabkan saudaraku berdosa, aku tidak akan makan daging lagi. Dengan demikian aku tidak akan menyebabkan saudaraku berdosa.
GALATIA 6 : 2
2 Hendaklah kamu saling menolong memikul beban. Dengan cara demikian kamu akan mentaati [38] perintah Kristus.
1 TESALONIKA 4 : 9
9 Tidak perlu kami menulis tentang bagaimana kamu harus mengasihi saudara-saudara seiman. Kamu sendiri telah diajar oleh Allah bagaimana kamu harus saling mengasihi.
2 TESALONIKA 3 : 15
15 Tetapi janganlah anggap mereka sebagai musuh. Sebaliknya, nasihatilah mereka sebagai saudara.
IBRANI 13 : 1
1 Sebagai saudara-saudara Kristian, hendaklah kita sentiasa saling mengasihi.
1 PETRUS 1 : 22
22 Kerana kamu mentaati ajaran benar daripada Allah, [4] kamu menjadi suci dan kamu mengasihi sesama saudara seiman dengan ikhlas. Oleh itu, hendaklah kamu saling mengasihi dengan sepenuh hati. [5]
1 PETRUS 2 : 17
17 Hormatilah semua orang, kasihilah sesama saudara seiman, takutlah akan Allah, dan hormatilah Kaisar.
1 PETRUS 3 : 8
8 Inilah kesimpulannya: Hendaklah kamu semua seia sekata dan seperasaan. Hendaklah kamu saling mengasihi seperti orang yang bersaudara, dan hendaklah kamu saling berbelas kasihan dan bersikap rendah hati.
2 PETRUS 1 : 7
7 Hendaklah kamu menyayangi saudara seiman dan mengasihi semua orang.
1 YOHANES 2 : 11
11 Tetapi sesiapa membenci saudaranya, orang itu hidup dalam kegelapan. Dia berjalan dalam kegelapan, dan tidak tahu ke mana dia pergi, kerana kegelapan itu sudah membutakan dia.
1 YOHANES 3 : 17
17 Jika seorang kaya melihat saudaranya yang miskin memerlukan pertolongan, tetapi tidak mahu menolong saudaranya itu, bagaimanakah dia dapat berkata bahawa dia mengasihi Allah?
Leave a Reply