Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang mengapa kita memerlukan Tuhan
YOHANES 14 : 6
6 Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. [98] Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.
2 TIMOTIUS 1 : 7
7 Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.
YOHANES 12 : 46
46 Aku datang ke dunia ini sebagai cahaya, supaya tiap-tiap orang yang percaya kepada-Ku tidak tinggal dalam kegelapan.
YAKOBUS 1 : 18
18 Dengan kehendak-Nya sendiri Dia menjadikan kita melalui firman-Nya yang benar. Itulah sebabnya kita mendapat kedudukan yang utama antara semua makhluk ciptaan-Nya.
ROMA 3 : 23
23 Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.
TITUS 2 : 12
12 Rahmat-Nya mengajar kita supaya hidup salih dan tidak mengejar hal-hal keduniaan. Di dalam dunia ini kita harus hidup dengan mengawal diri, jujur, dan menghormati Allah.
IBRANI 10 : 19 – 22
19 Oleh itu, saudara-saudara-ku, dengan kematian Yesus kita mempunyai kebebasan penuh untuk masuk ke Bilik Maha Suci.
20 Yesus sudah membuka satu jalan baru bagi kita, jalan yang memberikan kehidupan. Jalan itu melalui tirai, iaitu tubuh Yesus sendiri.
21 Sekarang kita mempunyai imam agung, yang bertanggungjawab terhadap rumah Allah.
22 [65†] Oleh itu, marilah kita hampiri Allah dengan hati yang tulus dan iman yang teguh, dengan hati yang sudah disucikan daripada perasaan bersalah, dan dengan tubuh yang sudah dibersihkan oleh air bersih.
YOHANES 3 : 16
16 Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. [21]
GALATIA 2 : 20
20 Yang hidup sekarang ini bukanlah aku, tetapi Kristus yang hidup dalam diriku. Hidup yang aku hayati sekarang ini adalah hidup dengan iman kepada Anak Allah yang mengasihi aku dan yang telah mengorbankan diri-Nya untuk aku.
Leave a Reply