Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang memakai anting-anting
1 TIMOTIUS 2 : 9
9 [6†] Aku juga mahu kaum wanita menghias diri dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh. Jangan dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal.
1 PETRUS 3 : 3
3 [19†] Janganlah kecantikan kamu bergantung kepada hiasan rambut, barang kemas, ataupun pakaian yang mahal-mahal.
YEHEZKIEL 16 : 12
12 Aku memberi engkau cincin hidung, anting-anting, dan mahkota yang indah.
ULANGAN 22 : 5
5 Orang perempuan tidak boleh memakai pakaian orang lelaki, dan orang lelaki tidak boleh memakai pakaian orang perempuan; TUHAN, Allah kamu membenci orang yang melakukan hal seperti itu.
1 TIMOTIUS 2 : 9 – 10
9 [6†] Aku juga mahu kaum wanita menghias diri dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh. Jangan dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal.
10 Sebaliknya, wanita harus menghias diri dengan perbuatan baik yang sepatutnya dilakukan oleh wanita yang mengabdikan diri kepada Allah.
IMAMAT 19 : 28
28 [59†] Jangan rajah kulit kamu, atau lukai tubuh kamu sebagai tanda berkabung bagi orang mati. Akulah TUHAN.
KELUARAN 32 : 2 – 4
2 Harun berkata kepada mereka, “Tanggalkanlah anting-anting emas yang dipakai oleh isteri, anak lelaki, dan anak perempuan kamu, lalu bawalah semuanya kepadaku.”
3 Oleh itu mereka semua menanggalkan anting-anting emas dan memberikan semuanya kepada Harun.
4 [159†] Harun mengambil anting-anting itu, meleburkan semuanya lalu mencurahkan emas itu ke dalam acuan, dan membuat sebuah patung lembu jantan. Umat itu berkata, “Hai Israel, inilah tuhan kita yang telah membawa kita keluar dari Mesir!”
YESAYA 3 : 16 – 24
16 TUHAN berfirman, “Sombong betul wanita Yerusalem! Mereka suka bergaya, sentiasa bermain mata, dan langkah mereka dibuat-buat sehingga gelang kaki bergemerencing.
17 Tetapi Aku akan menghukum mereka: Aku akan mencukur rambut mereka sehingga mereka botak.”
18 Harinya akan tiba apabila Tuhan mengambil segala barang perhiasan yang dibanggakan oleh wanita Yerusalem: hiasan rambut, gelang kaki, kalung,
19 gelang tangan, kain tudung,
20 hiasan kepala, azimat yang dipakai pada lengan dan pinggang,
21 cincin serta anting-anting hidung,
22 pakaian pesta, baju gaun, jubah, beg tangan,
23 baju tipis, sapu tangan linen, ikat kepala, dan selendang panjang.
24 Sekarang mereka memakai minyak wangi, tetapi kelak mereka akan berbau busuk. Tali pinggang mereka yang halus akan diganti dengan tali yang kasar. Kepala mereka yang berambut cantik akan menjadi botak. Pakaian mereka yang elok-elok akan diganti dengan kain buruk. Kecantikan mereka akan diganti dengan keburukan yang memalukan!
1 YOHANES 2 : 16
16 Segala sesuatu di dunia ini, iaitu yang diingini oleh keinginan hati orang berdosa, dan yang dilihat lalu dikehendaki, serta yang dibangga-banggakan, semuanya tidak berasal daripada Bapa, tetapi dari dunia.
1 KORINTUS 6 : 19 – 20
19 [34†] Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. [35] Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah.
20 Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.
1 PETRUS 3 : 5
5 Pada zaman dahulu, wanita salih yang mempercayakan diri kepada Allah mempercantik diri dengan ketaatan kepada suami mereka.
BILANGAN 31 : 50
50 Oleh itu kami membawa barang perhiasan emas, gelang tangan, gelang kaki, cincin, anting-anting, dan kalung yang kami masing-masing ambil. Sekarang kami menyerahkan semua ini kepada TUHAN sebagai persembahan kami, supaya Dia tetap melindungi kami.”
AMSAL 14 : 12
12 [30†] Jalan yang disangka baik itu akhirnya menuju maut.
KEJADIAN 35 : 4
4 Maka mereka menyerahkan semua patung dewa asing yang ada pada mereka dan juga anting-anting yang dipakai mereka, kepada Yakub. Semua benda itu ditanam oleh Yakub di bawah pokok besar dekat kota Sikhem.
YESAYA 61 : 10
10 [212†] Yerusalem bersukacita kerana hal yang telah dilakukan TUHAN. Keadaan Yerusalem seperti seorang pengantin yang memakai perhiasan serba indah. Begitulah Allah mengenakan keselamatan dan kemenangan pada Yerusalem.
HAKIM-HAKIM 8 : 24
24 Tetapi Gideon berkata lagi, “Hanya satu permintaan saya. Hendaklah kamu memberi saya anting-anting yang telah kamu rampas daripada musuh.” (Orang Midian seperti bangsa-bangsa lain yang tinggal di padang gurun, semuanya beranting-anting emas.)
MATIUS 5 : 28
28 Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa memandang seorang wanita dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan dia di dalam hati.
KOLOSE 3 : 20
20 [24†] Anak-anak, sebagai orang Kristian kamu wajib mentaati ibu bapa kamu, kerana hal itulah yang menyenangkan hati Allah.
MAZMUR 27 : 1 – 2
1 Mazmur Daud. TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku; aku tidak akan takut kepada sesiapa pun. TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya; aku tidak akan gentar.
2 Apabila orang jahat menyerang aku dan cuba membunuh aku, mereka akan tersandung lalu jatuh.
KELUARAN 28 : 42
42 Buatlah celana pendek daripada kain linen untuk mereka. Panjang celana itu dari pinggang sampai ke paha, untuk menutupi bahagian tubuh yang tidak wajar dilihat.
Leave a Reply