Apa yang Alkitab katakan tentang penjaga di dinding

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang penjaga di dinding

YEHEZKIEL 3 : 17 – 19
17 “Hai manusia fana, Aku mengangkat engkau menjadi penjaga bangsa Israel. Hendaklah engkau menyampaikan amaran yang Kuberikan kepada engkau untuk mereka.
18 Jika Aku memberitahukan bahawa seorang yang jahat akan mati, tetapi engkau tidak menyampaikan amaran-Ku kepadanya agar mengubah kelakuan supaya dia selamat, maka dia akan mati sebagai seorang berdosa, dan Aku menganggap engkau bertanggungjawab terhadap kematiannya.
19 Tetapi jika engkau menyampaikan amaran itu kepada seorang yang jahat namun dia tetap berbuat jahat, maka dia akan mati sebagai seorang yang berdosa, tetapi engkau akan selamat.

YESAYA 62 : 6
6 Di tembokmu, hai Yerusalem, Aku menempatkan pengawal; siang malam mereka tidak boleh diam. Mereka mesti mengingatkan TUHAN tentang janji-Nya, supaya jangan sekali-kali Dia melupakannya.

YEHEZKIEL 33 : 6
6 Tetapi jika penjaga itu nampak musuh datang dan tidak membunyikan tanda bahaya, lalu musuh datang serta membunuh orang berdosa, Aku akan menganggap penjaga itu bertanggungjawab atas kematian mereka.

AMOS 3 : 7
7 TUHAN Raja tidak pernah melakukan sesuatu pun tanpa menyatakan rancangan-Nya kepada para nabi, hamba-hamba-Nya.

YEHEZKIEL 33 : 1 – 33
1 TUHAN berfirman kepadaku,
2 “Hai manusia fana, beritahulah bangsamu apa yang akan berlaku apabila Aku mendatangkan peperangan kepada sesuatu negeri. Penduduk negeri itu akan memilih seorang antara mereka sebagai penjaga.
3 Apabila penjaga itu nampak musuh datang, dia membunyikan trompet sebagai tanda bahaya supaya semua orang berwaspada.
4 Sesiapa mendengar bunyi tanda bahaya itu tetapi tidak mempedulikannya, dan musuh datang lalu membunuh orang itu, maka dia mati kerana kesalahannya sendiri.
5 Kematiannya akibat kesalahannya sendiri, kerana dia tidak mempedulikan tanda bahaya itu. Jika dia mempedulikan tanda bahaya itu, pasti dia selamat.
6 Tetapi jika penjaga itu nampak musuh datang dan tidak membunyikan tanda bahaya, lalu musuh datang serta membunuh orang berdosa, Aku akan menganggap penjaga itu bertanggungjawab atas kematian mereka.
7 Sekarang, hai manusia fana, Aku melantik engkau menjadi penjaga bangsa Israel. Engkau mesti menyampaikan amaran-Ku kepada mereka.
8 Jika Aku memberitahukan bahawa orang jahat akan mati, tetapi engkau tidak memberi mereka amaran supaya mereka mengubah kelakuan dan menyelamatkan diri, maka mereka akan mati sebagai orang berdosa. Aku akan menganggap engkau bertanggungjawab atas kematian mereka.
9 Jika engkau memberikan amaran kepada orang jahat, dan mereka tidak berhenti berdosa, mereka akan mati sebagai orang berdosa, tetapi engkau akan menyelamatkan diri sendiri.”
10 TUHAN berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, ulangilah kata-kata umat Israel kepada mereka, ‘Kami merana kerana kami menanggung beban dosa dan kesalahan kami. Bagaimanakah kami dapat hidup?’
11 Beritahulah mereka bahawa demi Aku, TUHAN Raja, Allah yang hidup, Aku tidak suka melihat orang berdosa mati. Aku lebih suka melihat mereka bertaubat dan hidup. Hai Israel, berhentilah berbuat dosa! Mengapakah kamu mahu mati?
12 Hai manusia fana, beritahulah orang Israel bahawa apabila orang baik berdosa, kebaikan mereka dahulu tidak dapat menyelamatkan mereka. Jika orang jahat berhenti berbuat dosa, mereka tidak akan dihukum. Sebaliknya jika orang baik mula berdosa, mereka tidak akan diselamatkan.
13 Aku mungkin menjanjikan hidup kepada orang baik, tetapi jika mereka menyangka bahawa kebaikan mereka dahulu akan menyelamatkan mereka, lalu mereka mula berdosa, Aku tidak akan mengingat kebaikan mereka dahulu. Mereka akan mati kerana dosa mereka.
14 Aku mungkin memberikan amaran kepada orang jahat bahawa mereka akan mati. Tetapi jika mereka berhenti berdosa lalu melakukan apa yang baik dan benar –
15 umpamanya mereka memulangkan barang orang lain atau memulangkan barang yang telah dicuri mereka – jika mereka berhenti berdosa dan mentaati hukum yang memberikan hidup, mereka tidak akan mati tetapi akan hidup.
16 Aku akan mengampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan mereka, dan mereka akan hidup kerana melakukan apa yang baik dan benar.
17 Namun bangsamu mengatakan bahawa perbuatan-Ku tidak adil! Perbuatan merekalah yang tidak adil!
18 Apabila orang baik mula berbuat jahat, mereka akan mati kerana perbuatan jahat itu.
19 Apabila orang jahat berhenti berdosa lalu melakukan apa yang baik dan benar, mereka akan hidup.
20 Meskipun begitu Israel masih mengatakan bahawa perbuatan-Ku tidak adil. Oleh itu Aku akan menghakimi mereka menurut perbuatan mereka.”
21 [115†] Pada hari kelima, bulan kesepuluh, tahun kedua belas masa kami dalam buangan, seorang yang melarikan diri dari Yerusalem datang memberitahu aku bahawa kota itu telah jatuh.
22 Pada malam sebelum kedatangannya, aku telah merasakan kuasa TUHAN. Ketika orang itu tiba esok paginya, TUHAN membolehkan aku bertutur semula.
23 TUHAN berfirman kepadaku,
24 “Hai manusia fana, orang yang tinggal di reruntuhan kota-kota Israel mengatakan, ‘Abraham hanya satu orang, namun dia mendapat seluruh tanah ini; tetapi kita ini banyak orang, dan tentunya tanah ini menjadi milik kita.’
25 Sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja, firmankan kepada mereka: Kamu makan daging yang masih berdarah. Kamu menyembah berhala dan melakukan pembunuhan. Mana boleh kamu berfikir tanah itu milik kamu?
26 Kamu berharap kepada pedang kamu. Perbuatan kamu menjijikkan. Kamu semua berzina. Mana boleh kamu berfikir tanah itu milik kamu?
27 Sampaikanlah amaran daripada Aku, TUHAN Raja, kepada mereka. Demi Aku, Allah yang hidup, orang yang tinggal di reruntuhan kota-kota itu akan dibunuh. Mereka yang tinggal di kawasan desa akan dimakan binatang buas. Mereka yang bersembunyi di gunung dan di gua akan mati kerana wabak.
28 Aku akan menjadikan negeri ini padang gurun yang tandus dan lengang, dan kebesaran yang dibangga-banggakan mereka itu akan berakhir. Gunung-gunung di Israel akan menjadi begitu lengang sehingga tidak seorang pun melintasinya.
29 Apabila Aku menghukum umat itu kerana dosa mereka, dan menjadikan negeri itu tandus dan lengang, barulah mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.”
30 TUHAN berfirman, “Hai manusia fana, bangsamu mempercakapkan engkau ketika mereka bertemu dekat tembok kota atau di depan pintu rumah mereka. Mereka berkata sesama sendiri, ‘Marilah kita dengarkan apa firman TUHAN hari ini.’
31 Maka mereka semua datang berkumpul dan sebagai umat-Ku mereka mendengar engkau, tetapi mereka tidak melakukan apa yang engkau suruh. Mereka mengucapkan kata-kata manis, tetapi hati mereka hanya memikirkan keuntungan.
32 Mereka menganggap engkau seorang penyanyi lagu cinta yang bersuara merdu dan pandai bermain kecapi. Mereka mendengar segala kata-katamu, tetapi tidak mentaatinya.
33 Tetapi apabila kata-katamu menjadi kenyataan kelak – dan tentu semuanya akan menjadi kenyataan – barulah mereka tahu bahawa seorang nabi pernah ada di kalangan mereka.”

ROMA 16 : 17
17 Saudara-saudaraku! Aku menggesa kamu supaya berwaspada terhadap mereka yang menimbulkan perpecahan dan yang mengelirukan kepercayaan orang kepada Tuhan. Mereka mengajarkan perkara yang bertentangan dengan ajaran yang telah kamu terima. Jauhkan diri daripada mereka.

LUKAS 21 : 36
36 Berjaga-jagalah dan berdoalah sentiasa supaya kamu mempunyai kekuatan untuk mengatasi semua perkara yang akan berlaku, lalu kamu dapat menghadap Anak Manusia.”

2 KORINTUS 2 : 11
11 Aku berbuat demikian supaya Iblis tidak berpeluang untuk menguasai kita, kerana kita mengetahui rancangannya.

WAHYU 17 : 1 – 18
1 [122†] Kemudian salah satu daripada tujuh malaikat yang memegang tujuh buah mangkuk itu datang kepadaku dan berkata, “Marilah, kepadamu akan aku tunjukkan bagaimana pelacur yang termasyhur itu dihukum. Pelacur itu kota besar yang dibina dekat sungai-sungai.
2 [123†] Raja-raja dunia melakukan perbuatan cabul dengan pelacur itu, dan penduduk dunia menjadi seperti orang mabuk ketika pelacur itu melakukan perbuatan cabul dengan mereka.”
3 [124†] Lalu Roh Allah menguasai aku dan malaikat itu membawa aku ke padang gurun. Di situ aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang berwarna merah, yang seluruh badannya ditulisi dengan nama-nama yang mengkufuri Allah. Binatang itu mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk.
4 [125†] Wanita itu berpakaian ungu dan merah tua, serta memakai perhiasan emas, permata, dan mutiara. Tangannya memegang sebuah cawan emas yang penuh dengan perkara-perkara cabul dan keji, hasil daripada perbuatannya yang cabul.
5 Pada dahinya tertulis suatu nama yang mempunyai makna rahsia. Nama itu “Babel yang besar, ibu kepada semua pelacur dan orang yang melakukan perbuatan cabul di dunia ini.”
6 Lalu aku nampak wanita itu mabuk kerana minum darah umat Allah dan darah orang yang dibunuh kerana setia kepada Yesus. Aku sangat hairan ketika nampak wanita itu.
7 Tetapi malaikat itu berkata kepadaku, “Mengapakah engkau hairan? Aku akan memberitahu engkau rahsia tentang wanita itu dan binatang yang ditungganginya, iaitu binatang yang mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk.
8 [126†] Binatang itu dahulu pernah hidup, tetapi sekarang tidak hidup lagi. Tidak lama lagi binatang itu akan keluar dari jurang maut dan akan menuju kepada kebinasaan. Penduduk bumi yang nama mereka tidak terdaftar di dalam Kitab Orang Hidup sebelum dunia diciptakan, akan hairan apabila mereka melihat binatang itu. Binatang itu dahulu pernah hidup; sekarang binatang itu tidak hidup lagi, tetapi akan muncul semula.
9 Hal ini memerlukan kebijaksanaan dan pengertian. Tujuh kepala itu melambangkan tujuh buah bukit, tempat wanita itu duduk. Tujuh kepala itu juga melambangkan tujuh orang raja.
10 Lima orang antara mereka sudah meninggal, yang seorang masih memerintah, dan yang seorang lagi belum datang. Apabila dia datang, dia akan memerintah sebentar sahaja.
11 Binatang yang dahulu pernah hidup, tetapi sekarang tidak hidup lagi, melambangkan raja kelapan. Dia salah satu daripada tujuh orang raja itu juga dan sedang menuju kepada kebinasaan.
12 [127†] Sepuluh tanduk yang engkau lihat itu melambangkan sepuluh orang raja yang belum mula memerintah. Tetapi mereka akan diberikan kuasa untuk memerintah sebagai raja bersama-sama binatang itu selama sejam.
13 Sepuluh orang raja itu semuanya mempunyai tujuan yang sama dan mereka menyerahkan kekuatan dan kekuasaan mereka kepada binatang itu.
14 Mereka akan berperang melawan Anak Domba. Tetapi Anak Domba itu dengan para pengikut-Nya yang setia, yang telah dipanggil dan dipilih oleh-Nya akan mengalahkan mereka. Dialah Tuhan Yang Agung dan Raja Yang Terutama.”
15 Malaikat itu berkata pula kepadaku, “Sungai-sungai yang engkau lihat itu, tempat pelacur itu duduk, melambangkan pelbagai negara, rakyat, bangsa, dan bahasa.
16 Sepuluh tanduk yang engkau lihat itu, dan binatang itu akan membenci pelacur itu. Mereka akan merampas segala sesuatu yang dimiliki pelacur itu dan mereka akan menelanjangi dia. Mereka akan makan dagingnya dan membinasakan dia dengan api.
17 Hal itu demikian kerana Allah telah menggerakkan hati mereka untuk melaksanakan rancangan-Nya. Allah menyebabkan mereka bersetuju untuk menyerahkan kekuasaan mereka kepada binatang itu, supaya binatang itu memerintah sehingga apa yang difirmankan oleh Allah berlaku.
18 Wanita yang engkau lihat itu kota besar yang rajanya memerintah raja-raja di bumi.”

EFESUS 5 : 14
14 kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya. [33] Itulah sebabnya dikatakan, “Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkitlah daripada kematian! Kristus akan menyinari kamu.”

WAHYU 3 : 8
8 Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu tidak seberapa kuat, tetapi kamu telah mengikut ajaran-Ku dan setia kepada-Ku. Aku telah membuka sebuah pintu bagi kamu, yang tidak dapat ditutup oleh sesiapa pun.

EFESUS 6 : 12
12 Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini.

1 KORINTUS 12 : 28
28 [71†] Di kalangan jemaah, Allah sudah memberi semua orang kedudukan masing-masing. Pertama rasul-rasul, kedua nabi-nabi, dan ketiga guru-guru, kemudian mereka yang melakukan mukjizat, lalu mereka yang diberikan kurnia untuk menyembuhkan orang sakit, atau untuk menolong orang lain, atau untuk menjadi pemimpin, ataupun untuk bertutur dalam pelbagai bahasa yang ajaib.

IBRANI 13 : 17
17 Taatilah pemimpin kamu dan turutlah perintah mereka. Tanpa mengenal lelah mereka memperhatikan kamu, kerana mereka harus bertanggungjawab kepada Allah bagi pelayanan mereka. Jika kamu taat kepada mereka, mereka dapat bekerja dengan sukacita. Jika tidak, mereka akan bekerja dengan dukacita, dan hal ini tidak berfaedah bagi kamu.

2 KORINTUS 2 : 17
17 Kami bukan seperti kebanyakan orang lain yang memperlakukan Berita Baik daripada Allah, seperti barang niaga yang murah. Tetapi kerana Allah sudah mengutus kami, kami melakukan tugas itu dengan ketulusan di sisi-Nya, sebagai hamba Kristus.

WAHYU 9 : 1 – 21
1 Kemudian malaikat kelima meniup trompetnya, dan aku nampak sebuah bintang jatuh dari langit ke atas bumi. Bintang itu diberikan kunci jurang maut. [61]
2 [62†] Bintang itu membuka jurang maut, lalu asap keluar dari dalamnya seperti asap dari relau yang besar. Matahari dan angkasa menjadi gelap kerana asap dari jurang itu.
3 [63†] Lalu dari dalam asap keluarlah belalang-belalang yang turun ke atas bumi. Belalang-belalang itu diberikan kekuatan yang dimiliki kala jengking.
4 [64†] Belalang-belalang itu dilarang merosak rumput, atau pokok, ataupun tanaman lain. Hanya orang yang tidak bertandakan meterai Allah pada dahi mereka boleh diserang.
5 Belalang-belalang itu tidak dibenarkan membunuh mereka, tetapi hanya menyeksa mereka selama lima bulan. Kesakitan yang disebabkan seksaan belalang-belalang itu seperti kesakitan yang disebabkan sengat kala jengking.
6 [65†] Selama lima bulan itu mereka berusaha untuk mati, tetapi tidak dapat; mereka ingin mati, tetapi maut menjauhkan diri daripada mereka.
7 [66†] Belalang-belalang itu kelihatan seperti kuda yang siap untuk berperang. Pada kepala belalang ada sesuatu yang nampaknya seperti mahkota emas, dan muka belalang seperti muka manusia.
8 [67†] Rambut belalang seperti rambut wanita dan gigi belalang seperti gigi singa.
9 [68†] Dada belalang ditutupi dengan sesuatu yang seperti perisai dada. Bunyi sayap kawanan belalang itu seperti bunyi kereta-kereta kuda yang sedang mara ke medan peperangan.
10 Belalang-belalang itu mempunyai ekor dan sengat seperti kala jengking. Dengan ekor itulah belalang berkuasa menyakiti manusia selama lima bulan.
11 Kawanan belalang diperintah oleh raja, iaitu malaikat yang bertanggungjawab atas jurang maut. Dalam bahasa Ibrani namanya Abadon, dan dalam bahasa Yunani namanya Apolion (yang bermakna “Perosak”).
12 Bencana pertama sudah lalu. Setelah itu dua lagi bencana akan datang.
13 [69†] Kemudian malaikat keenam meniup trompetnya dan aku mendengar suara yang datang dari keempat-empat sudut mazbah emas di hadapan Allah.
14 Suara itu berkata kepada malaikat keenam, “Lepaskanlah keempat-empat malaikat yang terikat di Sungai Efrat itu!”
15 Keempat-empat malaikat itu pun dilepaskan. Mereka telah dipersiapkan khas bagi jam, hari, bulan, dan tahun itu, untuk membunuh sepertiga daripada umat manusia.
16 Aku diberitahukan bahawa pasukan berkuda itu berjumlah 200 juta.
17 Dalam penglihatan, aku nampak banyak kuda dengan para penunggang kuda. Mereka memakai perisai dada berwarna merah seperti api, biru seperti batu nilam, dan kuning seperti belerang. Kepala kuda seperti kepala singa dan dari mulut kuda keluar api, asap, dan belerang.
18 Sepertiga daripada umat manusia terbunuh oleh tiga malapetaka itu: api, asap, dan belerang yang keluar dari mulut kuda.
19 Kekuatan kuda terdapat pada mulut dan juga pada ekor. Ekor kuda seperti ular berkepala, dan kuda menggunakan ekor untuk menyeksa manusia.
20 [70†] Umat manusia yang selebihnya, yang tidak terbunuh oleh malapetaka itu, tidak meninggalkan berhala yang dibuat oleh mereka. Mereka tidak berhenti menyembah roh jahat dan berhala yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, batu, dan kayu. Berhala-berhala itu tidak dapat melihat, mendengar, ataupun berjalan.
21 Mereka juga tidak berhenti melakukan pembunuhan, mengamalkan ilmu sihir, melakukan perbuatan cabul, dan mencuri.

ROMA 10 : 8 – 13
8 [91†] Beginilah maksudnya, “Perkhabaran daripada Allah sangat dekat pada kamu, pada bibir kamu, dan di dalam hati kamu.” Itulah perkhabaran yang kami isytiharkan; perkhabaran bahawa orang harus percaya kepada Allah.
9 Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan.
10 Kerana kita sungguh-sungguh percaya, kita diterima oleh Allah sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan-Nya. [92] Kerana kita mengakui Yesus di hadapan orang, kita diselamatkan.
11 [93†] Di dalam Alkitab tertulis, “Orang yang percaya kepada Dia tidak akan dikecewakan.”
12 Hal itu berlaku bagi semua orang, kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi. Allah yang satu itu Tuhan semua orang. Dia melimpahkan berkat-Nya kepada semua orang yang meminta pertolongan-Nya.
13 [94†] Di dalam Alkitab juga tertulis, “Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.”

1 YOHANES 4 : 1
1 Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Janganlah percaya kepada semua orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai Roh Allah, tetapi ujilah mereka untuk mengetahui sama ada roh yang ada pada mereka itu berasal daripada Allah atau tidak. Hendaklah kamu berbuat demikian kerana banyak nabi palsu telah pergi ke serata tempat.

YESAYA 30 : 10
10 Mereka menyuruh para nabi menutup mulut. Mereka berkata, “Jangan katakan hal yang benar kepada kami, tetapi katakan hal yang ingin kami dengar. Biarlah kami berkhayal.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *