Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Viper
AYUB 20 : 16
16 Apa yang ditelan orang jahat seperti racun yang membawa bencana; mereka mati seperti dipatuk ular berbisa.
YESAYA 30 : 6
6 Demikianlah perkhabaran Allah tentang binatang di gurun sebelah selatan, “Duta-duta berjalan melalui negeri yang berbahaya, yang didiami oleh singa, ular berbisa, dan naga yang boleh terbang. Mereka memuati keldai dan unta dengan hadiah yang mahal-mahal untuk bangsa yang tidak dapat menolong mereka.
YESAYA 59 : 5
5 [5-6] Rancangan jahat kamu membawa maut, seperti telur ular berbisa. Apabila telur itu pecah, ular keluar! Tetapi muslihat kamu sia-sia sahaja seperti pakaian yang dibuat daripada sarang labah-labah!
MATIUS 3 : 7
7 [17†] Banyak orang Farisi dan Saduki datang kepadanya untuk dibaptis. Apabila Yohanes melihat mereka, dia berkata “Hai kamu orang jahat! Siapakah yang memberitahu kamu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah yang akan datang?
MATIUS 23 : 33
33 [234†] Kamu jahat seperti ular berbisa dan kamu keturunan orang jahat! Bagaimana mungkin kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman di neraka?
LUKAS 3 : 7
7 [30†] Banyak orang datang kepada Yohanes supaya dibaptis olehnya. “Kamu orang jahat!” kata Yohanes kepada mereka. “Siapakah yang memberitahu kamu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah yang akan datang?
Leave a Reply