Apa yang Alkitab katakan tentang pontianak

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang pontianak

AMSAL 30 : 14
14 Ada orang memperdaya orang yang miskin dan susah. Demikianlah cara mereka mencari nafkah.

IMAMAT 17 : 10 – 14
10 [29†] Jika orang Israel ataupun orang asing yang tinggal di kalangan mereka makan darah, orang itu akan ditentang oleh TUHAN, dan dia tidak lagi dianggap sebagai anggota umat-Nya.
11 [30†] Nyawa tiap-tiap makhluk terkandung di dalam darahnya. Itulah sebabnya TUHAN memberikan perintah supaya semua darah dituangkan ke atas mazbah untuk menghapuskan dosa umat. Darah, iaitu nyawa, menghapuskan dosa.
12 Itulah sebabnya TUHAN melarang orang Israel dan orang asing yang tinggal di kalangan mereka daripada makan darah.
13 Orang Israel mahupun bangsa asing yang tinggal di kalangan mereka, yang menangkap seekor binatang atau burung yang halal, mesti mencurahkan darah haiwan itu ke tanah lalu menutupi darah itu dengan tanah.
14 Nyawa tiap-tiap makhluk terkandung di dalam darahnya. Itulah sebabnya TUHAN memberitahu umat Israel bahawa mereka tidak boleh makan darah sebarang makhluk. Sesiapa yang makan darah tidak lagi dianggap sebagai anggota umat Allah.

WAHYU 16 : 6
6 Mereka telah menumpahkan darah umat Allah dan darah para nabi. Sekarang Engkau memberi mereka minum darah. Hukuman itu setimpal dengan perbuatan mereka!”

ULANGAN 12 : 23
23 Tetapi jangan makan daging yang masih berdarah, kerana nyawa binatang itu terkandung di dalam darahnya. Kamu tidak boleh makan nyawa bersama dengan daging.

YOEL 1 : 6
6 [1†] Suatu bangsa telah menyerang negeri kita; bangsa yang kuat dan tidak terhitung bilangannya; gigi mereka itu tajam seperti gigi singa.

1 TAWARIKH 11 : 19
19 Raja Daud bertitah, β€œTidak mungkin beta minum air ini! Jika beta meminumnya, seolah-olah beta minum darah orang yang telah mempertaruhkan nyawa mereka!” Daud sama sekali tidak mahu meminum air itu. Demikianlah keberanian tiga orang askar yang terkenal itu.

WAHYU 17 : 6
6 Lalu aku nampak wanita itu mabuk kerana minum darah umat Allah dan darah orang yang dibunuh kerana setia kepada Yesus. Aku sangat hairan ketika nampak wanita itu.

WAHYU 9 : 8
8 [67†] Rambut belalang seperti rambut wanita dan gigi belalang seperti gigi singa.

KISAH RASUL-RASUL 15 : 28 – 29
28 Roh Allah dan kami bersetuju bahawa kami tidak perlu membebani saudara semua dengan kewajipan lain, kecuali yang mustahak sahaja:
29 Janganlah makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala; jangan makan darah; jangan makan daging binatang yang mati dicekik, dan jauhkan diri daripada perbuatan cabul. Jika saudara semua tidak melakukan perkara-perkara itu, saudara-saudara berbuat yang betul. Sekian sahaja dan salam bahagia.”

ULANGAN 32 : 17
17 [194†] Mereka mempersembahkan korban kepada roh-roh jahat, dan bukan kepada Allah, tuhan-tuhan baru yang tidak dikenal oleh nenek moyang mereka, dewa-dewa yang tidak pernah ditaati oleh Israel.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *